Selepas China, Arab Saudi Dan India, Giliran Jepun Pula “Beli” Malaysia

Share This:

Secara amnya, bagi sesebuah negara, antara perkara yang paling diperlukan adalah pelaburan asing bagi membangunkan sesuatu infrastruktur. Ini sedikit sebanyak dapat merancakkan ekonomi negara walau apa jua keadaan semasa ekonomi dunia. Hal yang sama tidak terkecuali dengan Malaysia di mana, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak giat mencari pelabur asing bagi melabur di dalam negara.

Namun begitu, agak malang buat rakyat Malaysia, kelompok utama yang acapkali mengganggu urusan pelaburan asing adalah datangnya dari dalam negara sendiri. Pembangkang di Malaysia kerap memperlekeh dan memburukkan imej negara di mata luar hanya semata-mata mahu memenuhi impian politik sempit mereka.

Mereka tidak kisah memburuk-burukkan kerajaan tanpa sedikit ppun menghiraukan impak yang akan berlaku kepada rakyat. Bagi mereka, adalah menjadi satu kejayaan besar apabila pihak asing enggan melabur ke Malaysia setelah termakan hasutan dan dakyah jahat dari pembangkang.

Bagi rakyat Malaysia pula, mereka akan mendakwa kerajaan hari ini begitu giat menjual segala aset negara kepada pihak asing bagi membayar semula hutang samada hutang negara atau 1MDB. Inilah yang berlaku semasa pihak China melabur dalam banyak projek pembangunan di negara ini. Kelompok bodoh ini mendakwa, kerajaan telah menjual aset negara kepada pihak China sedangkan perkara berkenaan tidak berlaku.

Hal yang sama turut terpalit kepada Raja Salman Abdulaziz Al Saud semasa melakukan kunjungan ke Malaysia. Puak-puak singkat akal ini mendakwa, kerajaan telah mejual Projek Petrokimia di Penggerang kepada Aramco dari Arab Saudi. Walhal, keadaan sebenar adalah, ianya satu lagi projek pelaburan terbesar Arab Saudi di Malaysia tanpa ada penjualan mana-mana aset sekalipun.

Hal yang sama, turut menimpa India, New Zealand dan Perancis semasa pemimpin mereka melakukan lawatan. Terkini, Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito telah selamat tiba ke Malaysia dalam rangka lawatan baginda ke Malaysia. Baginda di jangka bakal menghadiri aturcara ketat sepanjang kunjungan baginda ke Malaysia.

Ini adalah kunjungan kedua kerabat DiRaja di mana sebelum ini, Raja Salman adalah kerabat DiRaja pertama mengunjungi negara pada tahun ini. Melihat kepada kunjungan baginda, sudah boleh dijangka, pihak pembangkang akan mula menjaja cerita kononnya Datuk Seri Mohd Najib Akan menjual aset negaa kepada pihak Jepun pula.

Inilah mentaliti pembangkang. Tidak kira apa yang dilakukan kerajaan itu baik untuk rakyat ataupun tidak, kerja mereka hanyalah mensabotaj usah-usaha kerajaan ini dengan pelbagai fitnah dan penipuan. Tidak mustahil, tidak lama lagi, pihak pembangkang akan mengeluarkan berita, “Najib Razak jual lagi aset negara dan kali ini kepada pihak Jepun”. Kesihan sungguh level pemikiran pembangkang di Malaysia ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*