Real Benam Bayern, Ronaldo Ledak Gol Peribadi Ke-100

Share This:

CRISTIANO Ronaldo meledak gol peribadi ke-100 di pentas Eropah ketika Real Madrid menundukkan Bayern Munich 2-1 pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Allianz Arena, awal pagi Khamis.

Bayern bermula cemerlang apabila Arturo Vidal menanduk masuk gol pertama pasukan tuan rumah seawal minit ke-25.

Namun Vidal gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila percubaannya itu terkena palang.

Real gagal memecah kebuntuan pada separuh masa pertama dan dua minit ketika babak kedua bersambung Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan apabila merembat masuk hantaran Dani Carvajal.

Malang bagi Bayern apabila Javi Martinez dilayangkan dua kad kuning kerana melakukan kekasaran terhadap Ronaldo.

Kelebihan beraksi dengan kesebelasan utama ternyata memberi tekanan kepada Bayern.

Namun, Ronaldo kemudian menjaringkan gol kemenangan Real pada minit ke-77 untuk memastikan pasukannya pulang ke Santiago Bernabeu dengan bekalan selesa menjelang aksi timbal balik.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*