Polis, SKMM Harap Siasat Individu Ini Hina PM Dan Anggota ATM

Share This:

Pihak berkuasa harus menyiasat tindakan individu ini yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkenaan projek Pangkalan Udara Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan.

Individu berkenaan dengan nama akaun Facebook Wira Wira menggunakan perkataan hina ke atas Perdana Menteri dan juga anggota tentera termasuk bekas tentera yang menyokong beliau.

Menurut status penghinaan itu, dia mempersoalkan pangkalan udara berkenaan tidak memiliki lapangan terbang.

Ia tidak memerlukan satu landasan terbang kerana operasinya tidak memerlukan apa-apa penerbangan dilakukan di pangkalan berkenaan.

Lelaki itu juga menggunakan perkataan keji dan kotor untuk menghina pemimpin negara.

Dalam status jahat itu, dia turut menuduh bahawa kerajaan telah “menjual” Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi kononnya kepada komunis untuk pembinaan Bandar Malaysia.

Tahukah Wira Wira bahawa kemudahan di Pangkalan Udara Sendayan lebih moden dan ia turut dilengkapi kolam renang untuk latihan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang lebih cekap dan efisien.

Berbanding Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman, Pangkalan Udara Sendayan dibina dengan 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya.

Projek membangunkan Pangkalan Udara Sendayan, yang dimulakan pada 2013, dirancang untuk dijadikan pusat latihan iktisas atau profesional bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan.

Pangkalan Udara Sendayan juga bakal menjadi pusat latihan profesional terbesar negara untuk pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan menghimpunkan kesemua tiga pusat latihan TUDM di Subang dan Kinrara, Selangor dan Pulau Pinang untuk berada di bawah satu bumbung.

Pihak lain yang menyokong kerajaan, diharap memviralkan lelaki ini sehingga dia diburu pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk dihadapkan ke muka pengadilan kerana menghasut dan mengeji pemimpin negara. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*