Pecah Rekod! Pratempahan Galaxy S8 Cecah 550,000 Unit Hanya Dalam 2 Hari

Share This:

Jualan pratem­pahan bagi model terbaharu Samsung Galaxy S8 and S8+ di Korea Selatan kini mencecah 550,000 buah dalam tempoh dua hari.

Menurut media Korea Selatan, Hankyung, jumlah tersebut merupakan 2.75 kali lebih tinggi berbanding Galaxy Note 7 dan 5.5 kali ganda lebih berbanding Galaxy S7.

Katanya, ketiadaan telefon pintar keluaran baharu daripada Samsung ekoran kes letupan ba­teri Samsung Galaxy Note 7 tahun lalu, telah mendorong syarikat itu mengadakan kempen pemasaran yang lebih agresif untuk meningkatkan jualan.

“Ia sekali gus menyumbang kepada jumlah jualan pratempahan yang tinggi untuk kedua-dua model baharu ini,” katanya di sini hari ini.

Samsung memulakan jualan pratempahan bermula Jumaat di Korea Selatan, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) manakala penghantaran pula dijangka bermula selepas 17 April, lebih awal berbanding jualan rasmi pada 21 April.

Penganalisis di Korea menjangkakan telefon pintar baharu tersebut dapat membantu Samsung merekodkan keuntungan yang lebih tinggi bagi suku kedua tahun ini.

Galaxy S8 didatangkan dengan saiz 5.8 inci manakala Galaxy S8+ bersaiz 6.2 inci dengan Paparan Infiniti serta rekaan yang lebih lancar dengan permukaan tanpa butang dan sisi yang tajam. – AGENSI

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*