Pakatan Harapan Tidak Mungkin Mampu Menang Tanpa Bantuan PAS

Share This:

Kekecewaan PAS terhadap tingkah laku Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan semasa pembentangan Rang Undang-Undang (Pindaan) Syarie 355 atau RUU355 sememangnya sudah dijangka. Manakan tidak, selain kebiadaban Lim Kit Siang yang sedaya upaya mahu menggagalkan pembentangan berkenaan, ramai lagi Ahli Parlimen dari PKR dan PAN dilihat bertindak biadab semasa pembentangan berkenaan dilakukan.

Reaksi keras Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah dapat melambangkan betapa PAS benar-benar berpatah arang dengan bekkas rakan sekutunya di barisan pembangkang. Pada hari berkenaan, seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikan betapa semua Ahli Parlimen pembangkang terutamanya dari kaum Melayu dan Islam sendiri bertindak bersekongkol dengan DAP untuk menentang RUU355 berkenaan.

Sebenarnya, apa yang berlaku ini adalah rentetan perbalahan besar antara PAS dan DAP. Perbalahan besar yang berlaku pada 2015 inilah yang telah menyaksikan terkuburnya Pakatan Rakyat yang pernah dianggotai PAS sebelum tertubuhnya Pakatan Harapan. Lebih menarik lagi, Parti Amanah Negara turut ditubuhkan hasil daripada mereka yang memberontak di dalam PAS.

Ironinya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu pastinya akan dikenang buat parti yang menganggotai Pakatan Harapan kerana buat pertama kalinya, mereka mampu merampas 89 kerusi Parlimen daripada tangan Barisan Nasional. DAP dan PKR dilihat antara parti yang cukup meraikan kemenangan besar mereka dan buat pertama kalinya sejak 1969, DAP benar-benar gembira dengan keputusan yang di raih.

Namun begitu, satu hakikat yang samada mereka sedar ataupun tidak, kemenangan besar mereka ini, selain daripada tsunami Cina, ianya banyak dibantu oleh ahli PAS yang pada ketika itu menyokong penuh Pakatan Rakyat. Hasil daripada undi solid penyokong PAS inilah yang menyaksikan kemenangan terbesar pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum pertama 1955.

Itu semua cerita pada tahun 2013 sebelum PAS benar-benar dikhianati DAP dan PKR sehingga PAS terpaksa menerima hakikat, mereka bukan lagi berada di dalam blok pembangkang pada 2015.

Jika melihat apa yang berlaku minggu lalu, sudah tentunya PAS akan sedar bahawa mereka hanya diperkudakan oleh DAP dan PKR hanya untuk kuasa semata-mata. Untuk bersekutu dan membahagikan kuasa, tidak mungkin akan berlaku dan RUU355 inilah menjadi faktor penyedar PAS bahawa, DAP dan PKR sememangnya tidak pernah walau sekalipun menyokong agenda PAS dalam memperjuangkan Islam menerusi politik.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Pakatan Harapan Tidak Mungkin Mampu Menang Tanpa Bantuan PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*