Mia Ahmad, Suami Batal Majlis Kahwin Di KL

Baru-baru ini Mia Ahmad dan suami, Mohd Izham Tarmizi telah mengadakan resepsi di Terengganu, dan sepatutnya sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 22 Mac lalu namun terpaksa dibatalkan. Menerusi akaun Instagram, Mia telah memohon maaf diatas pembatalan itu akibat jadual padat suaminya.

“Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan. Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi”

“Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini. Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini”

“Saya pun sudah berkahwin selama tiga bulan. Kalau hendak diadakan juga majlis yang tertunda ini, rasanya macam sudah basi. Tak dapat juga nak jadi Elsa macam Frozen,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai pembatalan majlis resepsi perkahwinan.

Biarpun serba salah dan sedih dengan pembatalan itu, tetapi Mia terpaksa membuat keputusan demikian kerana enggan membebani ramai pihak termasuk suaminya yang sibuk. Terdahulu Mia dan suami telah selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *