Kekayaan Luar biasa, Adam Rosly Disiasat SPRM

Share This:

Hari ini, Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat berhubung dakwaan kekayaan luar biasa.

Beliau yang memakai baju batik berwarna jingga tiba di sini pada pukul 2.30 petang kemudian dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, beliau berkemungkinan akan ditahan selepas selesai disoal siasat pada lewat petang ini.

Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam percakapan Adam yang dipercayai berhubung dakwaan kekayaan luar biasa.

UMNO Bahagian Ampang sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan itu.

Adam dalam usia begitu muda dikatakan mampu memiliki sebuah banglo mewah di Ampang dianggarkan bernilai antara RM3 juta dan RM4 juta sedangkan sebelum terlibat dalam kancah politik pernah menetap di kawasan setinggan Kampung Pinggir Lembah Jaya.

Dalam pada itu, beliau didakwa bukan sahaja memiliki banglo mewah berkenaan tetapi turut mempunyai beberapa buah rumah di tempat lain.

Sumber : Skandal Malaysia
http://skandaldimalaysia.blogspot.my/2017/04/kaya-luarbiasa-ketua-angkatan-muda-pkr.html

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Kekayaan Luar biasa, Adam Rosly Disiasat SPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*