Kaca Berderai Pecah Mustahil Untuk Dicantumkan Kembali

Saya nak kongsi sikit masalah saya ni, kalau ada yang boleh bagi pendapat pun bagus. Teman lelaki saya ni buaya. Mula-mula saya kenal dia, saya tak tahu pun perangai dia macam tu tapi ada la orang datang cerita then ex dia pun ada warning saya pasal perangai dia.

Masa mula-mula bercinta, mana ada nak dengar dan nampak semua tu. Bila cukup sebulan saya kenal dia, entah macam mana satu hari tu, dia pergi tandas then tertinggal telefon dalam kereta tepi seat. Saya dengar ada mesej masuk. Tak sengaja saya buka. Masa tu ada mesej kawan-kawan dia saja.

Tapi bila saya buka wechat dia, Allah sahaja yang tahu betapa hati saya hancur. Mesej-mesej dengan macam-macam jenis perempuan termasuk ex dia sebelum saya. Bila saya baca, ada mesej baru yang dia cakap nak ambil ex dia keluar. Saya menangis sepuasnya.

Bila dia masuk kereta terus gelabah sebab nampak saya pegang telefon dia. Dia cakap kat saya yang dia cuma nak mainkan ex dia tu. Padahal dia ada ajak perempuan tu kawin. Sumpah saya rasa sedih sangat masa tu. Saya cuba lupakan tapi tak mampu. Saya suruh dia tinggalkan saya dia tak nak.

Bulan kedua kantoi lagi. Kali ni, perempuan lain pula dan kemudian berlarutan kantoi dia setiap bulan sampai saya jumpa gambar dia peluk perempuan indon dalam club masa tu lepas raya. Dia dah bawa saya jumpa keluarga dia. Masa tu sedih sangat-sangat sebab semua peluang yang saya bagi dia tidak pernah hargai. Kejadian kantoi ini berlarutan sampai sekarang.

Bila saya marah dia, kadang-kadang saya kena pukul smpai lebam sana sini. Baru-baru ini, paling penat untuk saya layan benda bodoh ni. Saya jumpa lagi mesej dengan perempuan indon. Akhirnya, saya gunakan cara halus yang saya sendiri tak sangka dia menangis depan saya. Tak macam selalu dia akan bentak dan pukul saya tapi sayangnya saya dah putus asa. Kami rancang nak kawin awal tahun depan. Saya dah tak percya semua kata-kata dia. Perasaan sayang cinta saya pada dia dah tak ada. Banyak saya berkorban untuk dia tapi dia tidak pernah hargai.

Dulu saya selalu masak bekal untuk dia pergi kerja. Selalu belanja dia makan bila dia tak ada duit. Bila dia sakit masuk hospital saya sanggup tipu bos untuk jaga dia siang malam tapi masih belum puas utk dia sakitkan hati saya.
Kini, saya buntu. Apa yang perlu saya buat. Demi menjaga hati keluarga dia dan keluarga saya. Hati saya rasa sakit sangat.

-pru14.tv-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *