Hapus Status ISLAM Dalam MyKad Idea Pembangkang Pimpinan DAP

Share This:

PAKATAN Harapan yang diketuai DAP adalah pengerak kepada kesamarataan beragama dan  mereka ingin membawa pemikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam ke arah meliberalkan  agama agar tidak ada lagi perbezaan. Ini lah perjuangan liberal dan pluralism yang amat bahaya kepada umat Islam.

Tanpa rasa bersalah kepada Islam , pembangkang terus menerus membawa fahaman ini  melalui proksi Yahudi Israel yang diiktiraf oleh barat iaitu Anwar Ibrahim. Jangan kita terkejut nanti bila Gereja akan dipanggil rumah Allah dan Gereja Jumaat sebagaimana sekarang telah berlaku di Indonesia.

Umat Islam di Malaysia harus sedar bahawa, meyokong pembangkang bukan jalan penyelesaian untuk politik akan tetapi ianya adalah permasalahan kepada  agama Islam yang mana saban hari sedang di asak dari pelbagai sudut untuk menumbangkannya di Malaysia dengan sokongan  dana yang banyak dari Yahudi barat.

Masihkah kita tidak sedar bahaya Pluralisme dan Liberal dalam agama ini. Jangan kerana percanggahan fahaman politik kita terus menerus  memberikan sokongan kepada  proksi Yahudi didalam pembangkang. Sedar lah bahawa Anwar itu adalah Mustafa Kamal Attartuk Malaysia yang ingin mengubah dan menjadikan Islam itu sama dengan kepelbagaian agama. DAP pula sudah mendedahkan pendirian mereka yang menentang apa sahaja yang bersifat membawa kebaikan kepada Islam.

Kekuatan Liberalisme ini  disokong kuat dengan fahaman pluralism yang mana  sekutu kuat untuk menjayakan agenda yang cukup besar untuk menghancurkan aqidah umat Islam jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Latar belakang kepada pemikiran ini ialah fakta bahawa di dunia ini wujud pelbagai agama. Kemajmukan anutan agama ini boleh dilihat dalam beberapa kaedah pemikiran yang mana mengakibatkan kehancuran pegangan umat Islam

Liberalisme adalah secara dasarnya suatu struktur pemikiran yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan secara  ringkasnya ianya adalah kehidupan yang  terbuka dan bebas tanpa ada satu perundangan yang ketat  menghalang setiap perbuatan dan gerakan yang ingin dilakukan.

Liberalisme agama boleh dikategorikan sebagai satu tahap pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan pegangan  keagamaan, hubungan diantara manusia, dengan beranggapan bahawa kebebasan tersebut mestilah tiada sesuatu yang menghalang apa juga  perbuatan.

Selain itu, puak liberal Muslim nampaknya berusaha mengubah tafsiran Islam agar selaras dengan keadaan manusia. Ini adalah pendekatan yang bertentangan langsung dengan sifat Islam sebagai petunjuk daripada  Allah.

Perkara ini dapat dibuktikan dengan kejadian yang berlaku  beberapa bulan yang lalu dimana isu memegang anjing diberikan pendekatan agar kita tidak  merasakan ketakutan dengan binatang ini. Mana-mana  orang Islam yang amat cetek dengan pemahaman ilmu keislaman berpendapat bahawa anjing adalah makhluk Allah yang wajar disayangi, tetapi secara jelas disini mereka telah menolak hukum yang dikeluarkan dan membenarkan perkara ini berlaku atas dasar kasih sayang sesama  makhluk.

Secara jelas kita sedang melihat bagaimana  cara dan agenda ini disisipkan kedalam kehidupan saorang umat Islam dengan cara mengubah struktur ayat untuk menghalalkan perbuatan ini. Sebagaimana kita tahu memegang anjing secara sengaja atau pun tidak sengaja,  kita perlu membersihkan diri dengan  tujuh kali air mutlak termasuk air tanah sebagai langkah untuk menyamak dan membersihkan menurut ajaran Islam.

Sebagai mengutarakan fahaman ini, IFC melalui sokongan pihak pembangkang yang dipimpin DAP telah membuat beberapa tuntutan yang tidak masuk akal  umat Islam dimana segalanya dikaitkan dengan segala hukum dan kebebasan memilih agama tanpa sekatan.

Bukan itu sahaja , malah status anutan yang terdapat didalam MyKad juga sedang dan telah dicadangkan agar ianya dihapuskan sama sekali. Secara terancang satu demi satu tuntutan yang dilakukan dibuat dengan mengunakan hak-hak asasi acuan barat dengan konsep kesamarataan yang diperjuangkan oleh pembangkang yang diketuai DAP.

Kekuatan liberalisme ini  disokong dengan fahaman pluralism yang mana  sekutu kuat untuk menjayakan agenda yang cukup besar untuk menghancurkan aqidah umat Islam jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Latar belakang kepada pemikiran ini ialah fakta bahawa di dunia ini wujud pelbagai agama. Kemajmukan anutan agama ini boleh dilihat dalam beberapa kaedah pemikiran yang mana mengakibatkan kehancuran pegangan umat islam.

Begitu juga dengan satu keadaan dimana  isu Kalimah Allah telah di ucapkan oleh Ketua Pembangkang di satu majlis  bersama kaum Cina dan India dimana mengatakan bahawa Kalimah Allah ditafsirkan sebagai kepunyaa semua makhluk yang beragama. Wahal kita sedia maklum bahawa  Allah adalah kalimah yang khusus untuk orang Islam.

Percanggahan ini wujud bila mana sokongan terhadap isu ini meningkat dan ditafsirkan oleh bukan Islam dan berfahaman liberal dan pluralism sehingga ianya  menjadi satu krisis yang boleh disebut sebagai krisis agama. Ramai yang tidak sedar natijah  yang bakal dihadapi oleh umat Islam bila krisis ini tidak ditangani dengan baik.

Kini RUU 355 pula menjadi modal untuk pembangkang yang diketuai DAP bagi menunjukan penentangan terhadap agama Islam.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*