Dialah Anugerah Terindah

Share This:

Di sini, saya ingin berkongsi kisah rumahtangga tapi kisah saya ini kisah yang boleh dikatakan sweet juga. Hehehe. Alang-alang saya tak ada buat apa ni, terfikir la nak tulis. Saya nak cerita pasal suami saya yang baik dan Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Bukan apa, sejak saya dengar cerita suami kawan saya yang asyik berkira dari macam-macam aspek, saya terfikir berapa tidak berkiranya suami saya.

1)Masa saya kahwin dulu, saya masih tengah belajar lagi tapi suami dah beberapa tahun bekerja. Jadi suami saya yang bertanggungjawab ke atas semua dari A smpai Z (barang hantaran saya, duit katering, duit baju dan semualah) dan Alhamdulillah, suami tak pernah mengungkit lagi setakat ni.

2)Setiap bulan suami masukkan duit lebih kurang rm 600 la dekat akaun bank saya. Suami saya tidak pernah minta sesen pun dari duit itu. Walaupun nak beli barang-barang anak macam pampers pun dia tidak pernah minta. Kalau dia minta saya akan bagi.

3)Kalau dia tahu saya beli barang-barang online ke, keluar naik teksi ke, dia akan tanya berapa harga sebab dia akan bayar balik. Macam baru ni pun beli baju menyusu 3 helai dekat rm 200, dia bayar balik. Dia yang nak bagi bali.

4)Saya bosan jadi sambil-sambil tunggu dapat kerja, saya ada buat kuih untuk jual, kalau selalu saya suruh dia beli barang buat kuih, mesti dia macam tak nak saya bayar balik. Kadang-kadang saya geram juga. Saya kata, “mana boleh. Ni modal saya. Awak kena ambil juga duit ni”. Kemudian, baru la dia ambil.

5)Saya kadang bila buat kuih banyak tu penat la dengan nak memasak lagi, suami saya selalu balik makan tengahari tapi suami saya selalu cakap, “tak payah la masak, kesian awak penat, nanti kurang sikit beban awak tu”. Jadi dia akan beli lauk, saya masak nasi je.

6)Selepas dia balik kerja walaupun penat, dia akan tolong saya hantar kuih, dah la banyak dan berat kuih-kuih tu. Dia tidak pernah pun macam mengeluh atau marah.

7)Saya ni ada masa entah la mood malas datang. Suami saya ni rajin, dia yang tolong kemas rumah. Macam saya ni tak suka lipat baju. Pagi ni, sebelum dia pergi kerja, tengok semua baju dah berlipat.

Oleh itu, Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat, memang la akan ada yang kata suami saya gaji banyak sikit boleh la, yang saya nak tekankan sebenarnya sikap tu. Ada je yang kaya tapi berkira. Saya tak ada la kaya tapi Alhamdulillah apa yang Allah bagi cukup, semoga anda semua sentiasa diberkati dan Allah selalu murahkan rezeki. Insya Allah.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*