Di Bandung Sudah Ada ‘Punk Muslim’ Yang Dikatakan Lebih Islamik

Share This:

Di Bandung, Indonesia kini sudah ada gerakan baru fahaman anak muda iaitu ‘Punk Muslim’ iaitu gaya hidup ala punk tapi mahu taat beragama dan memperjuangkan perkara berkaitan umat Islam.

Gaya baru itu masih kekal dengan identiti rambut tegak, tetapi mereka mengaji Al-Quran dan menunaikan solat secara berjemaah serta berdoa selepas menghadiri konsert, menurut laporan agensi media Reuters.

Budaya Punk Muslim dikesan aktif di kota-kota besar di Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Surabaya. Mereka menuntut kebebasan Palestin dan isu kelemahan sosial yang diletakkan dalam lirik lagu.

Namun, dengan imej rambut ala mohawks, berjaket kulit dan berseluar jean, mereka masih menganut ideologi “melawan” dan anti-kekuasaan.

Seorang pengasasnya Ahmad Zaki mahu mengubah tanggpan bahawa aliran punk dikaitkan dengan “kecederungan untuk berkelakuan liar”.

“Kami boleh menukar diri ke arah kebaikan, buat perkara lebih positif,” katanya.

Anggota-anggota gerakan itu, kebanyakannya seniman jalanan, dilaporkan mula menjadi lebih Islamik termasuk meninggalkan alkohol.

Bekas penagih arak Reza Purnama berkata beliau berjaya meninggalkan tabiat itu perlahan-lahan dan kini menulis lirik lebih positif.

“Orang ramai tidak memandang rendah lagi pada kami,” katanya, yang berdepan tanggapan buruk masyarakat terhadap anak muda punk.

Selepas konsert, peserta gerakan ini menundukkan kepala berdoa dan dengan mendengar tazkirah para pengasas gerakan unik ini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*