Betapa Hinanya Apabila Mahathir Tersungkur Dikaki Seorang Peliwat

Share This:

“Dr Mahathir kata Najib akan jatuh pada pilihan raya umum akan datang. Adakah ini berdasarkan kepada kajian saintifik seperti pungutan suara atau sekadar ilmu tilikan?” kata  Salleh Said Keruak

LELAKI yang bernama Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah lama hilang maruah, kehormatan diri dan kredibiliti dengan tindak tanduk beliau yang dilihat amat keji. Namun beliau masih mengeluarkan kenyataan seolah-olah kata-kata beliau akan memberi kesan kepada negara.

Masihkah anda ingat pertemuan bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir selepas lebih 18 tahun berseteru. Ia memperlihatkan betapa terdesaknya agenda untuk memecahbelahkan  Melayu dalam ertikata untuk mencapai kepentingan politik.

Seharusnya  rakyat Malaysia melihat bagaimana seorang mantan Perdana Menteri yang sentiasa mengeluarkan kenyataan tentang perpecahan dan  mengingatkan rakyat satu ketika dahulu agar jangan sesekali bersekongkol dengan kiasu DAP dan PKR dalam apa juga agenda mereka.

Seperti meludah ke langit, kini ayat-ayat serta kenyatan yang dikeluarkan satu ketika dahulu seakan tidak berguna lagi, Sekarang rakyat sedang melihat bagaimana rakusnya agenda untuk kuasa dan memecah belahkan  rakyat dilakukan oleh mantan tersebut.

Pertemuan diantara Anwar dan Mahathir telah memberi satu tindakbalas negatif  kepada rakyat Malaysia yang mana melihat tindakan yang dilakukan itu amat terdesak dan Mahathir akan melakukan apa cara sekali pun untuk bertindak atas dasar untuk mencapai cita citanya dan memecah belahkan serta untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Tindakan yang dilakukan oleh Mahathir bukan  untuk kepentingan  negara dan bukan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada berpecah malah tindakan ini bersekongkol dengan orang yang pernah difitnahnya adalah mengundang kepada kerosakan minda rakyat yang amat teruk.

Sudah tiba masanya untuk diadakan Sidang Kemuncak Patriotik Nasional untuk setiap pemimpin dan individu, serta organisasi politik, sivik, agama dan komersil untuk bersatu dan menyatakan pendirian bagi menolak pemimpin yang berkeperntingan dan bersikap seperti lalang dan hanya mementingkan diri semata mata.

Ini katanya untuk membersihkan Malaysia daripada dimalukan di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara kleptokrasi. Sebenarnya semua yang berlaku  dan menjadi percakapan diluar negara adalah hasil daripada fitnah yang dibuat oleh DAP serta pakatan pembangkang termasuk Mahathir sendiri.

Belum pernah lagi Malaysia berada di tahap yang begitu corot sepanjang usia 59 tahun Merdeka. Kedudukan sedemikian bermula apabila pembangkang termasuk Mahathir terus memburukkan negara dan melabelkan negara sendiri adalah yang paling buruk dan aib dimata dunia.

Demontrasi ditaja, dilakukan oleh pembangkang tanpa rasa  malu dan tanpa rasa bertanggungjawab, semua yang dilakukan hanya kerana mahu menumbangkan kerajaan BN yang sedia ada. Jangan pembangkang hairan jika apa juga kata kata nista yang Malaysia terima , semua nya ini adalah hasil daripada usaha yang dilakukan pembangkang termasuk Mahathir.

Kredibiliti, kehormatan, reputasi dan nama baik negara dikotori dalam masa yang begitu singkat oleh pembangkang. Pun begitu DAP serta pakatan harapan terus menutup kesalahan mereka yang menggunakan fitnah untuk memburukkan Malaysia diluar negara dan sebagaimana sikap mereka  dan mereka akan terus enggan berbuat apa-apa bagi membersihkan nama baik negara setelah mereka sendiri rosakkan.

Malah pada masa yang sama, kenyataan artikel yang tidak berfakta dijadikan bukti yang digunapakai untuk mengelirukan pemikiran rakyat Malaysia.

Kerajaan BN akan menghadapi satu lagi bentuk  tekanan setelah  pertemuan yang dikatakan memberikan sokongan terhadap Anwar di mahkamah oleh Mahathir  merupakan titik pertemuan pertama setelah difitnah liwat oleh Mahathir .

Pertemuan  Anwar-Mahathir menandakan permulaan baru untuk memastikan agenda  menundukkan pemimpin kerajaan  Malaysia disamping memusnahkan negara dengan kedua orang yang  mempunyai kepentingan peribadi dan merupakan diktator hebat Asia yang telah banyak melakukan skandal-skandal dalam negara.

Tun Dr Mahathir telah hadir ke kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan bekas timbalannya yang dipecat 18 tahun lalu, mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara.

Kedua-duanya kelihatan bersalam mesra  tetapi didalam hati masing masing memikirkan bahawa  permusuhan dan fitnah yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar tidak pernah padam.  Mahathir sujud dan tunduk dikaki seorang yang dituduh meliwat oleh beliau sendiri.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

One thought on “Betapa Hinanya Apabila Mahathir Tersungkur Dikaki Seorang Peliwat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*