Bersumpah Berani, Suruh Tunjuk Bukti, Hilang Entah Kemana…

Share This:

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, setiap apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diterima bulat-bulat oleh para penyokongnya. Mereka tidak lagi memperdulikan kebenaran di setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi walaupun hakikat sebenarnya, setiap dakwaannya adalah satu pembohongan semata-mata.

Lama kelamaan, rakyat Malaysia mula menyedari setiap butir bicara yang lahir dari mulut Rafizi tidak lebih dari sekadar pembohongan dan fitnah. Malah, dia sendiri sudah berhadapan dengan begitu banyak saman dan ada diantaranya sudah dijatuhkan hukum bersalah terhadap Rafizi. Namun semua itu langsung tidak menyedarkannya.

Dia kekal dengan sikapnya yang berterusan menjaja fitnah sehinggakan sudah ada yang muak dengan caranya berpolitik. Lebih memburukkan keadaan, Parlimennya sendiri dibiarkan tanpa pembelaan dan hanya akan muncul jika ada majlis yang dianjur khas untuknya.

Menyedari akan hakikat orang yang mempercayai kata-kata fitnahnya semakin berkurangan, Rafizi menggunakan helah baru. Di setiap fitnahnya, dia sanggup bersumpah dengan nama Allah hanya untuk meyakinkan para penyokongnya bahawa dakwaannya itu adalah benar.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana dia mendakwa, ada diantara pemimpin PAS yang ada menerima sumbangan daripada 1MDB. Dalam kenyataannya, dia dikatakan bersumpah bahawa dia mempunyai bukti bahawa perkara ini berlaku. Apa yang menariknya, dalam beberapa dakwaannya sebelum ini seperti Felda, Tabung Haji dan KWSP, dia turut bersumpah mempunyai bukti.

Namun, ketika diminta mengemukakan bukti, seperti biasa, dia akan cuba mengelak dan sehingga kini, hampir kesemua fitnah yang dibuat oleh Rafizi, langsung tidak dikemukakan sebarang bukti. Ini termasuklah dakwaan Rafizi kononnya kerajaan Selangor melakukan rasuah perempuan dan duit yang kononnya dihantar kepada SPRM untuk siasatan.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Rafizi ini langsung tidak kena pada caranya. Memang diakui, politik menghalalkan segalanya namun sebagai seorang umat Islam, dia sepatutnya sedar akan implikasi sumpahnya ini. Bukankah sudah jatuh munafik buat umat Islam yang bersumpah kepada perkara yang palsu dan tidak benar? Tidakkah Rafizi takut akan hukum tuhan?

Jika dia mahu berpolitik, teruskan, tiada siapa mahu menghalang. Cuma sukalah diingatkan disini bahawa, berpolitik dengan mengheret nama tuhan untuk membenarkan fitnah adalah satu perbuatan yang tercela. Sudahlah pandai bersumpah ketika membuat kenyataan, ketika diminta bukti, langsung gagal untuk dikemukakan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*