Skandal Tanah Di Pulau Pinang, Datuk Seri Dan Anaknya Ditahan SPRM

Share This:

Seorang Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk ditahan pihak SPRM bagi membantu siasatan skandal tanah yang melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

 
Memetik laporan Bernama, SPRM dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mereka yang berusia 74 dan 47 tahun mempunyau kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah di Pulau Pinang.
 
“Kedua-dua suspek tersebut dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.
 
“Perbuatan mereka dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan tersebut sejak beberapa tahun lepas,” kata kenyataan itu. 
 
Tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siatan SPRM yang telah menangkap seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulai Pinang pada 29 Mac lepas. Suspek disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*