Sistem VAR: Adakah Pengadil Masih Berkuasa

JOHOR  BAHRU: Pelaksanan sistem bantuan pengadil video (VAR) yang dijangka mula digunakan dalam Liga Malaysia pada tahun depan mengundang teka-teki tentang keputusan pengadil utama yang boleh dipengaruhi unsur-unsur luar.

Namun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh memberi jaminan bahawa kuasa pengadil utama perlawanan masih kekal sama.

Tambah beliau, pelaksanaan sistem VAR yang dikendalikan oleh syarikat Hawk Eye yang beribu pejabat di Britain, mampu memperbaiki kesilapan yang dilakukan pengadil dalam satu-satu perlawanan.

“Pihak yang mengendalikan sistem tersebut juga merupakan daripada golongan pengadil untuk meneliti keputusan yang dibuat oleh pengadil utama perlawanan.

“Penggunaan SAR hanya melibatkan empat aspek sahaja iaitu jaringan gol, penalti, kad merah dan kesalahan identiti pemain,” katanya.

Selain itu katanya, pemain atau pihak lain termasuk pengurus pasukan tidak dibenarkan untuk membuat bantahan jika berlaku keputusan yang diragui oleh pengadil utama perlawanan.

“Pengadil yang bertugas mengawal VAR boleh membetulkan kesilapan pengadil perlawanan dan hanya mereka sahaja boleh melihat semula rakaman yang melibatkan insiden kontroversi.

“Pemain yang meminta untuk melihat semula rakaman atau mencampuri urusan pengadil boleh dikenakan kad kuning,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *