Puji Guan Eng, Kit Siang, Adakah Abby Abadi Sudah Termakan Budi Atau Buta?

Share This:

Agaknya bekas ahli kumpulan Elite, Abby Abadi menutup mata, telinga dan hati ketika membuat komen berkenaan pemimpin DAP kerana pandangan beliau berkenaan dua individu itu tidak logik dan sukar untuk diterima.

Kata Abby yang juga janda Norman Hakim, beliau suka dengan cara kerja pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kononnya lebih mula dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Enhg dan Mr Lim Kit Siang, nampak lebih berakhlah dan bersungguh menjaga amanah rakyat di Penang (Pulau Pinang).

“Cakap kurang kerja lebih, macam tu lah bagus,” kata Abby.

Bila diselidik dan dirisik, rupa-rupanya Abby sudah meninggalkan PAS dan kini berjuang bersama-sama dengan parti anak didik DAP, iaitu PAN.

Menurutnya, ada pemimpin PAS kini menyerang, mencerca dan menuduh dirinya tidak betul dan khadam DAP apabila mula menjauhkan diri dari PAS.

Apabila melihatkan kenyataan beliau, memang benarlah cercaan orang PAS ke atas Abby kerana Abby sudah masuk ke tahap tidak sedar diri dan rela dijadikan boneka oleh DAP.

“Bila saya makin lama makin menjauh (dari PAS)… ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, orang PAS pulak yang maki hamun saya, konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya,” luah Abby.

Sudahkah Abby membuka mata dan hati turun ke Pulau Pinang dan lihat sendiri betapa ramai rakyat negeri itu yang mendapat rumah kos rendah atau rumah mampu milik.

Berapa banyak projek perumahan kos rendah yang ada dibina oleh Guan Eng iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang di negeri itu?

Abby agaknya tidak tahu berkenaan kes perbicaraan rasuah Guan Eng yang dituduh menggunakan kedudukannya membeli sebuah rumah banglo dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran sebenar.

Bekas penyanyi rap Elite itu agaknya lupa, bagaimana lantang Kit Siang yang dikatanya bercakap kurang kerja lebih itu, membantah dengan sekeras-kerasnya usul pindaan RUU355 Mahkamah Syariah Islam di Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Individu seperti ini dianggap berakhlak oleh Abby?

Abby berkata begini pastinya kerana rela selepas bernaung di bawah PAN dan mungkin juga sudah dibantu parti ciptaan DAP itu untuk melangsaikan apa-apa yang patut.

Bagi PAS yang dulu sekutu DAP, parti itu sudah serik dan menyesal diperkotak-katikkan oleh DAP sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat dan wujudnya Pakatan Harapan kini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*