‘Pokok Menunaikan Hajat’ Mempunyai Kuasa Magis?

Share This:

Selalunya ketika sambut hari lahir, seseorang itu akan tiup lilin sambil memejamkan mata. Kemudian berdoa dalam hati semoga apa yang dihajati tercapai.

Namun begitu, disuatu tempat di Great Britain pula, orang-orang disana menyatakan hajat mereka disebatang pokok duit2 yang dikatakan ada kuasa magik yang boleh menunaikan hajat sesiapa saja.

Pokok itu terletak di kawasan hutan berhampiran Tanah Tinggi Scotland. Apa yang peliknya adalah dipokok itu terdapat beribu-ribu keping duit syiling yang dikatakan boleh memberi tuah dan pokok itu juga dikenali dengan nama ‘Coin Wishing Trees’ terjemahannya ‘pokok yang menunaikan hajat’.

Yang peliknya sekarang siapa tanam duit syiling lama dalam batang pokok tu? Menurut cerita seorang penduduk lama disitu yang bernama Muerig, sejak tahun 1700 lagi pokok tu wujud. Ketika itu zaman wabak penularan pelbagai penyakit yang merunsingkan.

Oleh itu, mereka membuat hajat menanam syiling dalam pokok tu supaya penyakit dapat dibuang dan disembuhkan. Ianya macam simbolik lah dan sesiapa yang berani mencabut atau mencuri duit syiling itu dikatakan akan disumpah. Akibatnya, orang itu pula akan terkena penyakit orang yang menanam duit syiling itu tadi.

Sehingga kini, pokok itu masih ada lagi yang datang mengunjunginya sambil meminta agar hajat mereka ditunaikan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*