Pemandu Teksi Diacu Pisau Sambil Dirogol Oleh Wanita

Share This:

GANASNYA…seorang wanita telah didakwa atas tuduhan rogol selepas dia melakukan serangan seksual ke atas seorang pemandu teksi lelaki.

Wanita itu, Brittany Carter didakwa telah menghubungi teksi untuk mengambil dia dan rakan lelakinya, Cory Jackson serta seorang lagi lelaki dari sebuah hotel di Findlay, Ohio.

Dalam perjalanan, Cory telah mengacukan pisau ke atas pemandu teksi terbabit sementara Brittany pula mengambil kesempatan melakukan perbuatan seksual ke pemandu tersebut.

Susulan itu dia dituduh sengaja memaksa pemandu teksi terlibat dalam aksi seksual dalam keadaan lelaki itu diacukan pisau di leher.

Selepas puas, Brittany bersama rakan-rakannya telah mencuri wang pemandu berkenaan dan melarikan diri.

Cory bagaimanapun telah melepaskan diri manakala Brittany dikatakan pernah ditangkap kerana kesalahan dadah. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*