Letupan Bas Dortmund: Bartra Jalani Pembedahan

Share This:

BORUSSIA Dortmund mengesahkan Marc Bartra sedang menjalani pembedahan di bahagian tangan akibat kecederaan yang dialami semasa insiden letupan bas pasukan itu pada malam Selasa.

Polis Jerman turut mengesahkan menjumpai sepucuk surat berhampiran lokasi letupan.

Bartra merupakan satu-satunya pemain yang cedera dalam tiga siri letupan yang menggegar bas pasukan itu dan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dortmund mengesahkan Bartra menjalani pembedahan untuk memulihkan keretakan tangannya dan mengeluarkan serpihan kaca.

“Bartra sedang menjalani pembedahan ketika ini. Dia mengalami keretakan di pergelangan tangan kanannya. Terdapat beberapa serpihan yang perlu dikeluarkan dari tangannya. Pasukan ada menghubungi saya. Mereka semua terkejut,” kata jurucakap Dortmund, Sascha Fligge.

Polis telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai motif serangan itu tetapi ketuanya, Gregor Lange berkata serangan itu sememangnya disasarkan kepada bas pasukan Dortmund.

Polis kemudiannya menjumpai sepucuk surat yang didakwa ditulis suspek serangan itu.

Surat itu bagaimanapun masih disiasat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*