Kenapa Rafizi Gelabah Dengan Perlantikan Hishamuddin?

Share This:

Di dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO tiada pemimpin yang mempunyai cita-cita politik diutamakan. Pemimpin yang ada cita-cita politik selain kepentingan parti telah terbukti gagal dan ada juga yang dibuang dari parti.

Mengapa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli takut sangat selepas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dan membuat sindiran sinis kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rafizi menyindir Ahmad Zahid menyatakan bahawa pelantikan itu, bukan satu perkembangan baik untuk cita-cita politik beliau.

Untuk apa? Ahmad Zahid sudah dilantik sebagai nombor dua di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan saling bekerjasama sudah tentu Hishammuddin perlu bekerjasama dengan mereka berdua.

“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar Zahid untuk kerusi Timbalan Presiden Umno atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi naib presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.

Dangkal benar Rafizi apabila menyatakan sedemikian kerana sudah pasti Ahmad Zahid turut dimaklumkan akan pelantikan berkenaan yang dibuat oleh Najib.

Ia sudah tentu sebagai langkah memperkasakan lagi Kabinet Perdana Menteri bukan seperti yang ditohmah oleh Rafizi yang bakal masuk penjara.

Najib hari ini mengumumkan pelantikan yang berkuat kuasa serta-merta dan mengekalkan Hishammuddin sebagai menteri pertahanan.

Dalam kenyataan itu, Najib berkata pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab sedia ada.

Pelantikan itu bagaimanapun menjadi beliau sebagai menteri kesepuluh di Jabatan Perdana Menteri.

Rafizi mendakwa, berdasarkan maklumat daripada sumber-sumber Umno, Hishammuddin kini tertinggal di belakang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk merebut kerusi naib presiden.

Berkaitan kedudukan Zahid pula, Rafizi berkata ia bukan petanda yang baik kerana seorang menteri yang mempunyai dua portfolio sering dilihat mendapat restu langsung daripada atas.

Rafizi juga membuat spekulasi bahawa keretakan dan sabotaj dalam Umno boleh berlaku susulan perkembangan terbaru itu.

Ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah begitu takut dan panik apabila Najib mewujudkan jawatan berkenaan untuk menjalankan tugas-tugas untuk terus memperkukuhkan Kerajaan BN di hati rakyat.

Spekulasi bahawa pelantikan Hishammuddin adalah kerana melibatkan hal kedudukan dalam UMNO oleh Rafizi adalah berniat jahat kerana kedua-dua itu jelas tidak ada kena mengena langsung. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*