Hina Sultan Terengganu, Polis Buru Dua Suspek

Share This:

Kini, polis Terengganu sedang memburu dua suspek yang juga pengguna akaun media sosial Facebook yang mengeluarkan komen berunsur penghinaan ke atas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kes itu berlaku di laman sosial oleh dua individu berkenaan sejak semalam.

Menurutnya, pihak polis sudah menerima dua laporan di mana satu daripadanya laporan oleh pihak media dan akan meminta bantuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik sebenar akaun laman sosial itu.

Katanya, berdasarkan pemantauan di laman sosial, salah seorang suspek merupakan penuntut universiti di Syria dan seorang lagi remaja berasal dari Dungun.

Tambahnya, beberapa individu lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana mereka turut memberi komen ke atas ulasan dua suspek berkenaan.

Dalam pada itu, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 233 (2) (a), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 500, Kanun Keseksaan iaitu mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Hina Sultan Terengganu, Polis Buru Dua Suspek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*