Hilangkan Diri Seolah-olah Diculik, Aktivis Dikesan Berada Di Thailand

Share This:

Seorang aktivis, Peter Chong yang dilaporkan hilang sejak 6 April lalu, dikesan keluar dari Malaysia melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam.

 
Memetik laporan Berita Harian, dia dikesan pada 7 April lalu berdasarkan gambar yang dirakam oleh Jabatan Imigresen, sekitar jam 6.30 pagi di pintu masuk ke Thailand. 
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya memperoleh gambar Peter menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam menaiki bas. 
 
“Jadi saya tidak tahu apa niat dan tujuannya menghilangkan diri ke sana dan membuat seolah-olah dia diculik dan diviralkan. 
 
“Saya beri amaran, jangan cuba hendak mengelirukan orang ramai, …ini sengaja nak timbulkan rasa gelisah dalam kalangan rakyat kita dan mengembar-gemburkan cerita seolah-olah dia diculik,” katanya. 
 
PRDM kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand dalam usaha mengesan kedudukan Peter, pada masa ini. 
Foto: The Star

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*