Dybala Lonjak Semangat Juve Atasi Barca

Share This:

PAULO Dybala menjaringkan dua gol ketika membantu Juventus membenam Barcelona 3-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Turin, Itali awal pagi Rabu.

Dybala membuka jaringan seawal minit ketujuh dan menambah gol kedua pada minit ke-22.

Giorgio Chiellini kemudiannya memadamkan semangat Barcelona untuk bangkit merapatkan jurang gol apabila meledak gol ketiga pada minit ke-55.

Kemenangan itu memberi kelebihan kepada Juventus menjelang pusingan timbal balik pada 19 April ini.

Namun mereka perlu waspada dengan kebangkitan menakjubkan Barcelona yang akan beraksi di Camp Nou.

Barcelona pernah bangkit menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) apabila mereka menang 6-1 pada aksi timbal balik dalam kelompok 16 terbaik.

Kebangkitan itu membolehkan Barca menjadi pasukan pertama berjaya memadamkan kelebihan empat gol dalam sejarah perlawanan tersebut.

Pada perlawanan tersebut, Pengurus Juve Massimiliano Allegri menggunakan formasi 4-2-3-1.

Dia meletakkan lima pemain di bahagian serangan dan hasilnya membolehkan Juve mempamerkan persembahan terbaik mereka sepanjang musim ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*