Bila Benda Sama Jadi, Tunggu Masa Je Gunung Berapi Nak Meletup

Share This:

Sebenarnya, lelaki ni suami orang yang sedang berjinak-jinak dengan Wechat, Whatsapp dan Instagram. Bila dah pandai, dia mula mengayat perempuan guna 3 benda ni. Si isteri punyalah beri kepercayaan pada si suami. Si isteri ni baik sangat, tak ada cek telefon suami walaupun hairan tengok suami hampir 24 jam asyik melayan 3 benda ni je.

Makin pelik si isteri, password telefon (hp) pun si suami dah tukar. Jadi si istri tak tahu macam mana nak buka hp si suami, kalau tidur hp dia masukkan dalam bantal. Alsan yang si suami berikan adalah kadang-kadang dia tak dengar sebab tu masukkan dalam bantal.

Kalau hp bergetar dia akan terbangun dan takut hp dia kena curi. Malah pergi mandi pun bawa hp dalam bilik air. Pergi mana-mana mesti dia tidak akan tinggalkan hp dia. Kalau si istri install fb sebab nk berhubung dengan kawan-kawan lama masa di universiti pun si suami tak benarkan. Alasan yang suami bagi adalah tak nak isteri nanti curang.

Kebanyakan perempuan cepat cair kalau lelaki puji. Si isteri tidak bodoh pun. She knows something is not right. Wanita kan Allah beri gerak hati yang kuat. Lebih-lebih lagi sorang isteri. Suatu malam, dalam mimpi Allah beri petunjuk pada si istri yang suami dia sebenarnya curang. Si isteri terkejut dari tidur.

Masa dia toleh ke tepi, si suami tengah on hp dan dalam masa yang sama si suami tengah buka password hp. Si isteri diam-diam je. Tunggu suami sampai lena tidur balik. Bila suami dah tidur, si isteri masukkan headset supaya tak bising. dia pun on hp pakai password yang ditengok tadi.

Terkejut si isteri yang si suami ada perempuan lain. Siap ada simpan gambar perempuan tu lagi dalam gallery. banyak pula tu. Bergetar tangan si istri. Tanpa banyak bicara, hp tu dia baling kat suami dia. tekejut si suami. Terus dia terbangun dari tidur.

Buat apa dia nak kesian kat suami yang terkejut dari tidur sedangkan si suami pun tak kesian kat dia. Apa-apa penjelasan si suami pun, si istri tak nak terima. Si suami siap salahkan isteri dan cakap punca dia curang sebab isteri ni banyak kelemahan.

Jadi, si isteri balas balik, “kelemahan saya lah jadi punca awak nak beruubah. Awak pun banyak kelemahan tapi saya tetap sayang, cinta dan setia pada awak sorang. kelemahan awak saya lengkapkan dengan kelebihan yang ada pada sya. sebenarnya hal ni terpulang pada hati. Awak ikut hati dan nafsu memang awak akan curng.

Padahal saya boleh bertahan dengan awak? Dari awak kosong, saya setia dengan awak. Bantu awak bila susah. Sanggup saya gadaikan harta saya untuk tolong awak sebab awak suami saya. Bila awak dah ada kerja bagus dan hidup dah senang, awak dah mula nak berubah. Tak hairanlah, satu hari nanti awak hilang semua nikmat ni.

Si isteri kena curang oleh si suami sudah 4 kali. Semua tu Allah beri ptunjuk. Sekarang walaupun, si isteri terima si suami, tapi dalam hati si isteri cuma ada dendam. Tiada lagi rasa cinta dan sayang. Dia tengok si suami dengan pandangan yang kosong.

Si isteri sekarang tengah training untuk menjadi pegawai polis. Si suami dulu baik tapi dah mula pandai curang lepas dapat kerja as engineer di sebuah syarikat swasta. Lepas si istri disahkan menjadi pegawai polis nanti dia nak buat 2 kata kat suami dia. Jangan ingat si isteri yang diam , dia tak tahu apa-apa. Tunggu masa je nak meletup.

Bear in mind, the one who love, care and trust you is not a fool when you betrayed them. they know, they just sit back and watch everything in the game you play. Frankly, you don’t deserve to get their love. She was silent to see how fool you’re.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*