Benda Percuma Konon, Warga Emas Ini Habis ‘Dikencing’ Wanita Licik

Share This:

Pernah tak anda berhadapan dengan wakil jualan sesuatu produk yang selalu menawarkan benda percuma?

Biasanya golongan ini ada di pasar raya, dengan tawaran yang kadangkala hebat sampai tidak masuk akal.

Ada yang mengelak, namun ada juga yang terjebak kerana terpengaruh dengan janji-janji manis mereka. Inilah yang terjadi kepada sepasang warga emas yang telah dianiaya di sebuah pasar raya.

Status yang dimuat naik di Facebook oleh anak pasangan menggunakan nama Norhaliza Mohd Nor ini pastinya boleh membuatkan darah anda ‘mendidih’ marah.

Hanya bermula dengan diberi sebuah beg ‘grocery’, pasangan warga emas ini disuruh menulis nama oleh seorang perempuan yang dikenali sebagai Bella.

Pelbagai barangan percuma kononnya telah dimenangi dan bukan itu sahaja, Bella juga turut menganiaya bapa Norhaliza itu untuk menggunakan kad kredit.

Balik sahaja ke rumah, barulah pasangan ini menyedari yang mereka sudah ditipu sebanyak RM3,988!

Apa lagi, demi menuntut keadilan, Norhaliza dan suami yang tidak berpuas hati ibu bapanya telah ditipu bergegas pergi ke pasar raya berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Sebuah laporan polis dibuat sebelum kesemua penipu itu telah ditahan dan didakwa.

Lihatlah, betapa mudahnya seseorang individu itu ditipu oleh mereka yang suka mengambil kesempatan dengan hanya bermodalkan kata-kata manis dan tawaran pelbagai barangan percuma.


Pelabagai pendapat dikongsikan netizen berkenaan perkara ini.

Nasihat pada anda di luar sana, berhati-hatilah pada mereka yang suka menawarkan benda percuma untuk anda.

Mustahil ianya akan diberikan percuma begitu sahaja kepada anda, tanpa ada sebarang muslihat di sebaliknya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*