Benarkah Datuk Red Suami Adira Nikah Lagi Kali Ke Tiga?

Share This:

SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red, seorang usahawan yang kaya dikatakan telah berkahwin lagi buat kali ketiga. Adira merupakan isteri kedua Datuk Red.

Adira kini baru sahaja menerima kedatangan cahaya mata sulung yang diberi nama Anggerik. Isteri pertama bernama Syarifah Norshafila atau lebih mesra disapa dengan nama Datin Red.

Dalam perkongsian terbaru Datin Red, beliau memuat naik foto suaminya dengan kereta yang rosak dengan pendedahan  bahawa suami beliau baru sahaja pulang bernikah buat kali ketiga.

Kenyataan ini sememangnya telah mengejutkan ramai pihak.

Ini tulisnya:

“Baru balik nikah no 3, kereta breakdown kat highway..
Hahaha padan muke… tapi aku jugak dia call suruh ambik..
Laki aku playboy laki kau????
Siapa tak tahan gurau pergi jauh-jauh..”

Adakah ini hanya gurauan dari Datin Red? Sehingga kini masih belum ada pengesahan dari Dato Red tentang perkara ini.

  • PRU14.tv

Comments

comments

One thought on “Benarkah Datuk Red Suami Adira Nikah Lagi Kali Ke Tiga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*