Bekas Pemain Bola Kebangsaan, Ah Chong Diburu SPRM!

Share This:

SPRM dilaporkan sedang mengesan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dikenali sebagai Khairul Anuar Baharum atau nama panggilannya Ah Chong.

 
Ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA). 
 
Memetik laporan Astro Awani, Ah Chong yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak Selangor dan Negeri Sembilan diminta hadir ke ibu pejabat SPRM dengan segera bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut. 
 
Jika dia gagal berbuat demikian, tindakan sewajarnya akan diambil terhadapnya mengikut peruntukan undang-undang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*