Apa Disebalik TERAS 5 Pakatan Harapan -2

Share This:

Pihak pembangkang  terus memperjuangkan  dasar-dasar liberal sekular yang mana membawa maksud kesamarataan dalam semua aspek dan tidak mengiktiraf apa juga  pengiktirafan kepada satu-satu bangsa dan  menolak terdapatnya satu bentuk keistimewaan diwujudkan kepada satu bangsa.

Liberalisme atau Liberal adalah sebuah ideologi, pandangan filsafat, dan tradisi politik yang didasarkan pada pemahaman bahwa kebebasan dan persamaan hak adalah nilai politik yang utama. Secara umum, liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat yang bebas, dicirikan oleh kebebasan berpikir bagi para individu.

Sekular adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama.

Sebagaimana kita ketahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mana sistem pentadbiranya berteraskan  kemelayuan  dan mendokong nilai-nilai atau prinsip Islam sebagai jalan  kehidupan.  Menolak  sebuah kerajaan yang mengamalkan nilai kemelayuan dan Islam adalah agenda untuk memastikan Islam dan Melayu bukan  lagi sebagai pendokong kepada  sistem pentadbiran.

Dalam hal ini, Pakatan Harapan mensyaratkan bahawa tiada lagi keujudan yang mendominasi atau diberikan hak keistimewaan  dalam apa bentuk sekali pun. Perkara ini dijelaskan secara terang dengan  mengatakan bahawa semua kaum adalah sama.

Ini bermakna kaum Melayu yang mana selama ini  mempunyai hak-hak keistimewaan  secara automatiknya  akan hilang hak-hak yang mana telah ditetapkan didalam kontrak sosial. Dengan itu apa yang terkandung didalam kontrak sosial tersebut tidak terpakai sama sekali. Ini lah cara penghapusan terancang yang mana menggunakan Melayu yang ada didalam Pakatan  Harapan sebagai penyokong terhadap penghapusan ini.

Begitu juga dengan dengan Agama Islam yang dikenali sebagai Agama rasmi Persekutuan.  Pakatan Harapan telah mengariskan bahawa semua agama adalah sama dan tidak ada kelebihan diantara agama yang lain.

Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya.

Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukan bahawa Islam adalah agama rasmi  negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan

Dengan demikian secara langsungnya ianya akan menghapuskan segala  peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia  dan akan menghapuskan  agama Islam sebagai agama rasmi Negara., Kebebasan beragama akan diamalkan  tanpa ada keutamaannya.

Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh pembangkang dalam negara ini.  Parti Tindakan Demokratik atau DAP secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”.

Mempersoalkan kontrak sosial  telah dilakukan sejak dahulu lagi, Dalam usaha membuang fakta sejarah,  Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu.

Jadi tidak hairan lah bagaimana DAP sekarang melalui Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP terus  merancang  untuk membuang apa yang dikatakan Hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam kepelbagaian cara.

TERAS 5 adalah kemuncak percaturan politik yang amat jelas dalam memastikan agenda DAP untuk menguasai politik Negara  dan seterusnya melakukan apa yang menghalang wujudnya  kerajaan yang dinamakan Malaysian Malaysia.

Segalanya ini telah dan  dibuktikan secara jelas bagaimana termeterinya Teras 5 yang menjadi matlamat  Pakatan Harapan dalam usaha untuk menguasai Putrajaya  seterusnya akan  mempraktikkan 5 dasar teras yang dipersetujui.

Didalam dasar Teras 5 yang mana  menjadikan apa yang termaktub didalam perlembagaan dan kontrak sosial untuk melindungi hak-hak keistimewaan orang Melayu terus dinafikan dan seterusnya dihapuskan.

Dalam hal yang demikian seharusnya orang Melayu yang masih cintakan bangsa , Agama dan Negara ini terus mempertahankan apa yang dimiliki sekarang dan bukan bersekongkol dengan apa yang diperjuangakan oleh bangsa chauvanis dalam mencapai untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara boneka.

Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah kerana ia adalah satu-satunya negara di dunia di mana setiap kaum dalam masyarakat majmuknya mempunyai kebebasan untuk mempraktikan agama, budaya, bahasa dan adat resam masing-masing,  sepertimana yang diperuntukkan di bawah perlembagaan persekutuan.

Malaysia adalah negara yang benar-benar menjunjung konsep “diversity” dan adalah contoh negara yang berjaya dan makmur atas usaha semua lapisan dan golongan masyarakat walaupun berbeza agama, budaya dan bahasa ibunda , berlandaskan konsep ” dalam kesamaan ada perbezaan” dan “dalam perbezaan wujud kesamaanya”.

Ini berbeza dengan negara lain, yang walaupun masih ditakrifkan sebagai masyarakat majmuk, namun, setiap masyarakat harus mematuhi budaya, cara hidup, bahasa dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat majoriti di negara tersebut.

Masyarakat Malaysia boleh digelar sebagai negara bertamadun dan unik dari segi kebudayaan dan cara hidupnya. Namun, sebagaimana yang lazim dalam setiap masyarakat, Malaysia juga tidak terkecuali dengan permasalahan di kalangan kumpulan ethnik berikutan elemen-elemen negatif.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*