Apa Disebalik TERAS 5 Pakatan Harapan – 1

Share This:

Baru-baru ini Pakatan Harapan telah meluluskan  mandat yang dinamanakan TERAS 5 Pakatan harapan yang mana telah mengariskan 5 agenda untuk  memastikan hala tuju  Pakatan Harapan  selepas memenangi PRU 14 nanti.

Melihat dan memperhalusi setiap  mandat yang dipersetujui, maka secara jelasnya  Pakatan Harapan telah menolak sama sekali  perkara yang telah termaktub didalam kontrak sosial dan Perlembagaan Malaysia.

Setiap  satu persatu mandat yang digariskan itu semuanya melibatkan kepentingan Melayu yang mana telah dilindungi  didalam Perlembagaan Malaysia.

Teras 5 yang  begitu jelas telah menolak kontrak sosial dan apa yang dilindungi  untuk orang Melayu didalam perrlembagaan Malaysia. DAP tidak mempedulikan semua itu, Ini adalah kerana ada sebilangan Melayu yang sudah hilang kemelayuannya terus meyokong DAP.

Mengimbau semula prihal kontrak sosial, Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan pengantian beri-memberi atau quid pro quo .

Kontrak sosial melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.

Tahun 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan “kontrak sosial” dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Penentangan terhadap Islam bukan baru ini sahaja dilakukan oleh DAP malah ianya telah dilakukan sejak dahulu lagi.  Sokongan orang Melayu didalam Teras 5 yang dijadikan mandat Pakatan Harapan  seakan telah menjurus sokongan  kepada DAP agar menghapuskan  apa yang terkandung dalam kontarak sosial dan  perkara yang melibatkan hak orang Melayu didalam perlembagaan Malaysia.

Penolakan Kontrak sosial dan Perlembagaan Malaysia sudah amat ketara dilakukan oleh kepimpinan DAP.  Mereka terus melakukan pertikaian yang mana  menidakkan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian bersama didalam kontrak sosial.

Jika kita imbas semula apa yang berlaku ketika presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “

“Apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka”

Disini sejak dahulu lagi kita melihat bahawa puak Chauvanis ini  menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka  sahaja dan apabila mereka melihat sesuatu yang melibatkan hak orang lain diberikan  keutamaan  seperti menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan  melalui  Laporan Barnes lalu mereka bangun melakukan penentangan

Melalui Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Masih kah kita ingat bagaimana provokasi dimainkan oleh pembangkang  agar Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa perantaran kedua dan bahasa wajib untuk temuduga .

Tindakan ini sekali gus untuk melenyapkan penggunaan bahawa Malayu didalam  apa juga keadaan yang rasmi . Sedikit sebanyak ianya terus menjejaskan penggunaan Bahasa Melayu didalam urusan rasmi.

Tidak kah rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu sedar bahawa untuk menjatuhkan sesebuah bangsa , maka harus dihapuskan dahulu nilai sejarah, adat , budaya  serta resam yang menjadi amalan bagsa Melayu .

Perkara ini sedang dilakukan oleh DAP  dalam banyak perkara dan telah dilakukan sejak Lee Kwan Yew  berada di Malaysia lagi sebelum  membawa Singapura keluar dari Malaysia  yang mana mempertikaikan Perkara 153.

Berbalik  kepada  TERAS 5 yang telah menjadi mandat Pakatan Harapan. Kita meneliti secara halus dasar dan agenda yang ingin dibawa oleh DAP dalam  usaha untuk menerajui Malaysia ini.

Apakah sebenarnya  yang ada pada TERAS 5 yang mana dikatakan melanggar  perlembagaan Malaysia serta kontrak sosial sebagaimana sebelum ini diatuhi  pada kebanyak warganegara.

Dalam hal ini bermaksud DAP dan Pakatan Harapan secara jelasnya mengiktiraf bahawa Negara ini adalah kerteraskan liberal secular dan  bukan beteraskan Melayu yang mana menolak secara tidak langsungnya  dan menghilangkan bahawa Negara ini bukan dinamakan Tanah Melayu pada asalnya.

Apabila disebut tidak berteraskan Melayu sekali gus menolak apa juga yang  berkaitan dengan hak hak Melayu.Hak hak melayu itu adalah yang dimaksudkan dari sudut bahasa, Identiti bangsa, Agama yang dianuti, adat budaya serta perjanjian yang dinamakan hak hak keistimewaan orang Melayu dan Raja Melayu.

Perkara ini telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia yang mana terdapatnya didalam Perkara 152 dan 153 yang mana dilindungi oleh perlembagaan Malaysia dan  kekuatan  melindungi Agama Islam  juga dikawaldan dijaga oleh Raja Raja Melayu.

Pakatan Harapan dalam dasar perjuangan TERAS 5 mereka telah melibatkan hak hak kepentingan Melayu , Raja Melayu serta bangsa Melayu itu sendiri. Pakatan Harapan membuat agenda bahawa bangsa Melayu, Agama Islam serta syarat untuk memerintah sebagai  Perdana Menteri juga dipertikaikan dan diberikan hak kesamarataan.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*