Adakah Rafizi Fitnah Kerana Allah Juga?

Share This:

Saya dedahkan rasuah kerana Allah – kata Rafizi pada Hadi, itulah tajuk yang dipaparkan dalam portal pro pembangkang Malaysiakini. Tajuk tersebut membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya adakah selama ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menabur fitnah di dalam ceramah-ceramah beliau dan media sosial kerana Allah juga?

Siapa sebenarnya yang Rafizi cuba tipu? Adakah rakyat Malaysia akan tertipu lagi dengan anggapan apabila beliau mengunakan ayat kerana Allah tersebut maka mereka akan percaya bulat-bulat segala pembohongan beliau? Atau sebenarnya Rafizi cuba menipu dirinya sendiri? Sikap terlalu kerap menipu akan menyebabkan seseorang itu percaya kepada penipuan mereka sendiri.

Rafizi Ramli yang juga dikenali sebagai Raja Penipu terlalu kerap memfitnah. Ramai pihak termasuk agensi dan individu telah menjadi mangsa fitnah beliau. Ironinya, setiap kali penipuan beliau terbongkar maka bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal diberikan seperti sekadar gurauan dengan diikuti permohonan maaf yang tidak berapa ikhlas dari beliau.

Antara pihak yang sering menjadi mangsa fitnah Rafizi adalah isteri kepada Perdana Menteri, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain lagi. Adakah semua penipuan ini dilakukan kerana Allah?

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa bahawa kerana Allah beliau terdorong untuk mendedahkan kes-kes rasuah. Persoalannya kenapa Rafizi tidah mendedahkan kes-kes rasuah yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP?

Sepatutnya beliau mendapat maklumat tersebut dengan lebih terperinci memandangkan ianya berlaku dalam pembangkang dan amat berleluasa. Malah beberapa pihak turut tampil mendedahkan bukti-bukti salahlaku rasuah dalam parti beliau sendiri.

Rafizi berkata beliau gembira Hadi telah memaafkan beliau, namun pemimpin PKR itu menegaskan bahawa beliau tidak pernah memohon kemaafan daripada presiden PAS itu. Begitu angkuh sekali Rafizi. Adakah di Padang Masyar nanti, Rafizi akan masih bersikap angkuh?

Hadi mendakwa Rafizi telah berdusta bahawa seseorang yang rapat dengan PAS telah menerima dana 1MDB. Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai “300 peratus” tidak benar, Hadi berkata beliau memaafkan Rafizi atas dakwaan tersebut, tetapi menasihati beliau bertaubat dengan Allah.

Berdasarkan kepada kenyataan Rafizi yang dilihat tidak pernah serik memfitnah, ramai penganalisis berpendapat beliau akan terus mengamalkan cara politik kotor tersebut walaupun telah banyak kali kalah dalam saman fitnah disamping didedahkan segala pembohongan secara berkala memandangkan motif beliau adalah untuk “merosakan” Barisan Nasional.  Apa yang pasti, tindakan Rafizi tersebut bukan kerana Allah s.w.t.  Dalam Islam tidak ada perkara yang menghalalkan yang haram.

Allah SWT menempatkan dosa membuat fitnah lebih buruk daripada membunuh. Firman Allah:

“… fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan …” ~ Surah al-Baqarah, ayat 217.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*