Suamiku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Share This:

Hari ini, saya ingin berkongsi cerita untuk dijadikan pengajaran buat semua pembaca dan agar dapat memberi komen bagi membantu saya. Saya berkahwin dengan suami saya sudah 9 tahun iaitu pada 2008.

Saya berkawin atas pilihan keluarga tetapi kami sempat bercinta. Suami saya seorang yang biasa saja. Tapi setelah berkahwin saya tidak dapat menerima suami saya. Saya layan kurang melayan suami termasuklah nafkah batinnya.

Tetapi mujurlah suami saya seorang yang penyabar. Dia tetap bersabar dan setia dengan saya. Kami dikurniakan 2 orang anak. Saya bahagia bersama suami saya tetapi perasaan cinta terhadapnya tidak wujud.

Untuk pengetahuan semua suami saya seorang yang penyabar, rajin dan penyayang. Boleh dikatakan cukup sempurna bagi seorang suami termasuklah kerja rumah, memasak dan menjaga anak semua dia yang uruskan.

Pada tahun 2016, Tuhan telah menguji saya. Saya telah berlaku curang terhadap suami saya dengan kawan sekolah saya tanpa pengetahuan suami saya. Kami bercinta hampir 4 bulan saya betul-betul cinta kekasih saya sehingga saya terfikir untuk bercerai dengan suami.

Saya sanggup menipu suami saya kerana ingin keluar bersama kekasih saya. Tetapi Tuhan itu Maha Adil. Akhirnya suami saya ternampak saya berdua-duaan dalam kereta. Suami saya tidak melenting tetapi dia hanya memberi saya pilihan sama ada pilih dia atau kekasih saya. Tetapi dengan syarat hak penjagaan anak-anak diberikan kepadanya.

Saya tak mahu berpisah dengan anak-anak saya. Semasa beberapa hari kami berbincang, suami saya setiap hari menangis kerana tidak dapat menerima perbuatan saya kerana beliau sangat mempercayai saya.

Sehingga kini, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tidak makan dan dimasukkan air dlm badan kerana kurang makan. Ketika itu, saya berasa amat sedih dan menyesal dengan perbuatan saya.

Selama kami berkawin suami saya sentiasa suprise saya setiap hari bermakna baginya. Boleh dikata beliau sentiasa cuba membahagiakan saya. Akhirnya, saya pilih suami saya bagi saya dia dapat membahagiakan saya. Masalahnya sekarang suami saya tidak lagi seperti dulu.

Dari seorang periang yang selalu bergurau dengan saya kini menjadi pendiam. Beliau menjadi seorang yang pendiam dan banyak termenung. Dari dulu seorang yang aktif bersukan kini lebih suka berdiam dan termenung mungkin sukar baginya menerima semua ini.

Jadi, tolong bagi saya nasihat macam mana saya nak kembalikan suami yang periang, suka buat lawak untuk saya. Saya rindukan suami saya yang dulu.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*