Suami Kantoi Curang Dengan Pelayan Bar

Share This:

Kalau ikutkan memang sakit. Bagai nak terhenti nafas bila dapat tahu suami berhubungan dengan seorang pelayan. Patut pun suami lain macam je bila ada dekat rumah. Setiap malam asyik balik lewat. Bila balik saya akan tunggu dan bertanya kenapa balik dari kerja terus tak balik rumah. Dia akan marah dan maki hamun saya.

Ada pula kadang tu ajak saya bercerai tapi saya diam je. Dalam seminggu dia akan ada 3 kali pagi baru balik. Yang 4 hari tu paling awal jam 12 baru balik rumah. Pada suatu malam dia tengah tidur saya buka telefon dia alangkah terkejut bila terbaca mesej dia dengan perempuan.

Dalam perbualan itu, suami mengatakan dia tak dapat lupakan dia sejak hari tersebut, lepas tu dia selalu datang ke tempat tu tapi perempuan tu tengah sibuk melayan pelangan. Lepas tu, suami ckp dia cemburu dan perempuan tu balas mesej dia sibuk. Sudah beberapa hari dia tak sihat. Suami pula balas adakah sebab mengandung. Perempuan tu ketawa dan semua mesej suami dengan perampuan tu macam yang mereka memang dah selalu bersama.

Bila ada masa yang sesuai. Saya tanya dengan suami dan dia mengaku betul dia ada perempuan lain. Ketika itu macam nafas saya nak putus. Sesak nafas air mata mengalir dan menangis tapi suara tak keluar. Pada hal, masa tu saya keluarkan suara menangis dengan sekuat suara.

Tak cukup dengan itu, saya hubungi perempuan tu. Ya memang betul dia cakap seorg pelangan yang dulu hanya pelangan tapi akhirnya dia rapat dengan saya. Apa lagi saya ancam pelayan tu sebab dia berkerja di bar. Pink lady Subang. Saya ancam nak buat laporan polis sebab dia asal Thailand.

3 bulan lepas tu, suami rasanya dah baik balik tapi siapa tahu dia beralih pula dengan perampuan lain. Yang pelik suami saya ni dengan suami org lain. Kekunci pun dia berlapis lapis dan dia langsung tak boleh disentuh anak-anak, apa lagi saya. Pada 1 mlm saya masuk tidur jam 1 pagi.

Bila saya terjaga kira-kira jam 3. Suami asyik tengok telefon dia. Bila saya tengok dari belakang sebab mlm tu dia duduk dekat sofa depan tv. Rupanya, dia melayan sms dengan perampuan. Macam tu lah setiap malam dan ada pula di waktu siang hari dan mlm sebelum tidur. Bila saya lalu depan dia atau duduk dekat dia. Terus dia matikan telefon.

Begitulah sampai sekarang. Saya bersabar sebab anak-anak. Hanya pada Allah saya memohon agar dibukakan pintu hati suami agar jadi macam dulu semula. Ambil berat tentang anak-anak dan isteri, jujur dan penyayang.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*