Rasuah Itu Adalah Pakatan Harapan

Share This:

RASUAH dan penyalahangunakuasa yang dilakukan oleh pegawai  Azmin Ali yang telah didedahkan  di media sosial tidak lagi memeranjatkan banyak pihak. Rasuah dan pemyelewengan tidak akan dapat dipisahkan langsung  dengan Pakatan Harapan.

Selama ini tindakan menuding jari ke arah pihak lain adalah bertujuan untuk menutup kesalahan dan menyembunyikan tindakan yang dilakukan oleh mereka  dan melabelkan mereka adalah dikalangan orang yang amat bersih.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,  tindakan rasuah yang bermaharaja lela dilakukan oleh Pakatan Harapan  bermula dengan dakwaan yang telah dibuat keatas Guan Eng dan ianya berlarutan dengan pelbagai pendedahan lainnya.

Rupanya selama ini  Pakatan merupakan Bapa Segala penyelewengan dan rasuah di Malaysia. Penyelewengan hartanah , menukar status tanah dan menjualnya , meranapkan alam sekitar yang akan menghasilkan jutaan ringgit serta menghapuskan warisan  sejarah.

Semua dilakukan oleh Pakatan adalah hanya bermatlamatkan  keuntungan jutaan ringgit dan tidak langsung mahu mempedulikan kebajikan serta keperluan rakyat.

Jika kita amati pemyelewengan wang rakyat yang amat banyak seperti  mengecat laluan basikal, megecat pintu gerbang,  skandal terowong dasar laut, penukaran status tanah dan terlalu banyak yang perlu sisiasat oleh SPRM.

SPRM mesti menyiasat dengan lebih terperinci lagi berkaitan pendedahan yang  dilaporkan dimedia sosial tanpa rasa was-was . Siasatan ini adalah bertujuan untuk memastikan negeri pakatan  dibersihkan dari gejala rasuah yang merosakkan bangsa dan rakyat.

Baru-baru ini tersebar di laman media sosial dimana berlakunya penyelewengan penukaran status tanah di wetlands yang dilakukan oleh pemimpin pakatan serta menjualnya kepada sebuah syarikat koporat. Tindakan menukar status ini telah dihalang oleh  empat orang Menteri besar , namun dizaman  Azmin segala yang dipelihara telah diranapkan demi mendapatkan keuntungan.

SPRM seharusnya meyiasat perkara ini dan membuat tangkapan agar tindakan penyelewengan ini akan dapat dibendung  dan tidak akan menjadi amalan dikalangan rakyat dan pemimpin mereka.

Di Pulau Pinang, tangkapan telah dibuat keatas seorang bapa kepada saeorang ADUN  DAP yang telah dikatakan mengamal amalan rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik dengan jalan singkat. DAP sebagaimana biasanya akan membuat penafian berhubung kait isu tersebut.

Kini di Selangor pula satu pendedahan dimana seorang pegawai Azmin Ali yang dikatakan memiliki sejumlah harta yang bernilai hampir sejuta ringgit juga telah menunjukkan bahawa Pakatan adalah  sebuah parti yang mengamalkan amalan rasuah demi kepentingan diri dan bukan untuk berkhidmat untuk rakyat

Tersebar di laman sosial serta aplikasi telefon pintar Whatsapp, satu tangkapan layar (print screen) perbualan mendedahkan kononnya mendakwa Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor memiliki harta yang banyak.

Laman menggunakan nama masterdedah.com pertama kali mendedahkan tangkapan layar perbualan Whatsapp ini.

Berdasarkan perbualan yang disebarkan itu, ia dikatakan daripada individu menggunakan nama ‘YB S Manikavasagam’ di dalam satu grup Whatsapp dilabelkan AJK Cabang Kuala Sel.

Kuala Sel dipercayai merujuk kepada Kuala Selangor dan perkataan cabang hanya digunakan oleh parti PKR bagi sesuatu bahagian parti itu.

Berdasarkan kepada tangkapan layar itu, individu dilabelkan sebagai YB S Manikavasagam mendakwa Pegawai Khas MB Selangor memiliki harta bernilai hampir sejuta Ringgit dan mendakwa maklumat itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Info dari MACC, Pegawai Khas MB Selangor Hilman Idham, 30 tahun, didapati membeli sebuah rumah berharga lebih kurang RM800 ribu di I-City Shah Alam.

“Dan memiliki sebuah kereta Audi berharga RM340 ribu (harga atas jalan) selain beberapa utas jam tangan berjenama Paneral (RM60 ribu) dan Rolex (RM30 ribu),” dakwa individu itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali digesa tampil memberi penjelasan tentang isu ini.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

One thought on “Rasuah Itu Adalah Pakatan Harapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*