Rafizi Ramli, Kilang Fitnah Kelahiran Pakatan Harapan Dan PKR

Share This:

Dalam sejarah politik Malaysia, nama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan dikenang sebagai seorang Ahli Parlimen yang tidak pernah puas atau jemu menabur fitnah. Selain daripada hobinya yang suka menabur fitnah, dia juga adalah seorang yang cukup suka menyampaikan cerita bohong mengenai kesemua agensi kerajaan yang melibatkan kaum Melayu.

Mungkin bagi Rafizi, hidupnya tidak akan tenang selagi tidak menabur fitnah untuk dipercayai oleh para penyokongnya yang cukup suka mendengar hujah fitnah dan pembohongannya. Sepanjang menjadi Ahli Parlimen, sekurang-kurangnya 7 kali Rafizi didapati menipu dan menabur fitnah. Tujuh fitnah terbesar yang telah dibongkarkan adalah,

1. Rafizi pernah mendedahkan scandal NFC yang menyebabkan nama Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suami tercalar teruk. Rafizi akhirnya di saman dan dia telah tewas pada saman tersebut.

2. Rafizi pernah mendedahkan sebentuk cincin yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang dikatakan bernilai RM 24 juta. Setelah beberapa siri penafiian dilakukan, akhirnya Rafizi telah dihadapkan ke mahkamah atas fitnahnya. Apa yang menarik, dalam satu pengakuannya di mahkamah, dia mengaku dakwaan berkenaan hanyalah satu lawak yang sengaja dia reka.

3. Rafizi pernah menuduh kapal selam scorpene milik negara, tidak boleh menyelam. Namun Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) membuktikan kapal selam berkenaan boleh menyelam dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah saksi hidup yang mengikuti penyelaman kapal berkenaan.

4) Rafizi pernah mendedahkan salah laku bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa Langkah Kajang bagi menggulingkan kedudukan Tan Sri Khalid. Dia mendakwa mempunyai bukti semua salah laku berkenaan di mana akhirnya Rafizi termpaksa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Tan Sri Khalid atas fitnahnya.

5) Rafizi pernah mendedahkan kekayaan anak-anak Tun dr Mahathir yang didakwanya sebagai kekayaan yang amat luar biasa. Hari ini, Rafizi akhirnya sujud di kaki Mahathir setelah Mahathir menyebelahi pembangkang. Lebih melucukan, Rafizi mengakui Mahathir adalah idolanya sejak kecil.

6) Rafizi pernah mendedahkan kes pembalakan haram di Kelantan dan akan mendedahkan bukti-bukti kepada umum dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, setelah beberapa tahun berlalu, sehingga kini, dia masih gagal mendedahkan kes berkenaan kepada umum.

7) Rafizi pernah mendedahkan rasuah perempuan dan wang di dalam kerajaan Selangor. Rafizi sendiri yang hadir kepajabat SPRM untuk menyerahkan segala bukti yang ada pada dirinya. Namun malangnya, SPRM telah menolak dakwaan Rafizi atas kekurangan bukti tanpa walau sekalipun membuka kertas siasatan.

Setelah melihat 7 bukti fitnah Rafizi yang tidak lebih dari sekadar mencari publisiti, masihkah ada yang masih taksub dengan setiap butir bicara Rafizi? Terkini, Rafizi kononnya mahu mendedahkan ada pemimpin PAS menerima dana secara terus dari 1MDB. Katanya, dia akan dedahkan nama pemimpin ini kepada umum. Persoalannya, melihat kepada pelbagai fitnah yang dia lakukan, masihkan ada kredibiliti terhadap dakwaan Rafizi ini?

Lebih memburukkan keadaa, semalam Rafizi sekali lagi cuba mencari glamour mudah dengan mempersendakan Dewan Rakyat apabila melakonkan aksi di dalam Dewan Rakyat secara Live di Facebook miliknya. Melihat kepada tindakan biadap Rafizi ini, dia harus dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta 57 (1a) Perlembagaan Persekutuan kerana mempersenda Speaker Dewan Rakyat.

Inilah Ahli Parlimen yang paling banyak buat fitnah dalam sejarah Malaysia. Agak menghairankan, bagaimana orang seperti Rafizi ini boleh diangkat sebagai seorang yang berani dan telus? Dengan deretan cerita rekaan dan fitnah yang dia taburkan, bukankah ini melambangkan betapa teruknya aqidah Rafizi sehingga melupakan dosa dan pahala?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*