Projek Terowong Dasar Laut- Beijing Urban Construction Group (BUCG) Tarik Diri 

Share This:

Terowong Dasar Laut yang dikatakan menelan belanja yang amat tinggi kini sedang menghadapi masalah  berhubung dengan  tindakan Beijing Urban Construction Group (BUCG) (M) Sdn Bhd menarik diri daripada terus menyertai projek berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media beberapa bulan yang lepas, dengan alasan bahawa kontraktor tersebut adalah tidak bertanggungjawab  merupakan alasan  untuk menutup kelemahan pentadbiran Guan Eng dalam  permasalahn yang terdapat  pada projek Terowong Dasar Laut.

Walaupun dikatakan ianya tidak mendatangkan masalah yang besar kepada perlaksanaan projek tersebut  namun hakikatnya rakyat telah sedia maklum bahawa Projek Dasar Laut tersebut adalah sesuatu projek “luar Biasa” dari sudut perbelanjaannya yang tidak masuk akal.

Sebagaimana yang dikatakan sendiri oleh Guan Eng dalam satu sidang akhbar dengan menyatakan bahawa,

“Perubahan itu tidak akan menjejaskan projek berkenaan. Walaupun nama diubah, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak mahu kontrator tidak bertanggungjawab menjadi sebahagian daripada projek terowong dasar laut, jadi kami benarkan BUCG tarik diri daripada konsortium itu,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu pada sidang media di Komtar.

Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Pada 2013, kerajaan Pulau Pinang menyerahkan Projek Terowong Dasar Laut kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG), sebuah syarikat tujuan khas yang dibentuk lima syarikat – Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction, Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd.

Pengerusi konsortium itu, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dalam sepucuk surat kepada kerajaan negeri beberapa bulan lalu menyatakan, BUCG dikeluarkan demi kepentingan dan reputasi konsortium, ekoran insiden kren di ibu negara itu.

“Kami sudah menyerahkan beberapa nama lain kepada Suruhanjaya Syarikat untuk penukaran nama, susulan penarikan BUCG,” katanya dalam surat kepada pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Zarul Ahmad dalam kenyataan sebelum ini menyebut secara terperinci pemilikan saham syarikat-syarikat dalam projek berkenaan.

“Rakan kongsi syarikat itu Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd dengan ekuiti 70% dan modal berbayar masing-masing sebanyak RM3.5 juta dan RM4 bilion.

“Beijing Urban Construction Group pula dengan ekuiti 10% dan modal berbayar RM 541 juta, Sri Tinggi Sdn Bhd ekuiti 10% dan modal berbayar RM 3.7 juta dan Juteras Sdn Bhd dengan ekuiti 10% dan modal berbayar RM1 juta,” katanya.

Bagaimanapun, kedudukan pemegang saham itu dipertikai oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Cheng Guan berkata berdasarkan carian yang beliau lakukan pada bulan Mei 2016, menunjukkan Zenith Construction Sdn Bhd yang dipengerusikan Zarul Ahmad merupakan pemegang saham terbesar kerana ia memiliki 99.13 peratus ekuiti, BUCG (0.0057 peratus) dan Juteras Sdn Bhd (0.863 peratus).

“Bukan sahaja BUCG memiliki kepentingan begitu kecil iaitu 0.0057 peratus, malah China Railway Construction pula nampaknya hilang langsung sebagai pemegang saham.

“Struktur pemegangan saham semasa CZBUCG nampaknya sangat berbeza daripada cadangan RFP (Permintaan Untuk Perancangan) mereka dan apa yang dikatakan kerajaan Pulau Pinang suatu masa dulu,” dedahnya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pulau Pinang.

Pada 3 Jun, Cheng Guan membuat laporan di pejabat sama dan meminta SPRM menyiasat sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam urusan projek itu.

Kesimpulannya DAP gagal di Pulau Pinang.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*