Perjalanan Kecundang Mahathir Mahu Jatuhkan Najib

Share This:

Sejak 2013, sisa-sisa perjalanan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya hanyalah sia-sia. Umum mengetahui bahawa Mahathir adalah antara bekas pemimpin UMNO yang dilihat cukup agresif mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri. Sebut sahaja apa yang tidak dilakukannya, semua telah dilakukan termasuklah terpaksa menubuhkan sebuah parti politik baru.

Seperti ada sesuatu yang cuba diraih oleh Mahathir, setiiap hari sejak 2013, antara zikir wajibnya adalah menghentam Datuk Seri Mohd Najib dengan mereka-reka pelbagai fitnah. Sejak 2013, modus operandinya kekal sama iaitu menyampaikan pelbagai bahan fitnahwalaupun fitnahnya adakala langsung tidak masuk akal.

Melihat kegagalan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib menerusi gerakan menyebarkan fitnah, Mahathir mencuba pula helah menghasut ahli UMNO untuk bangkit memberontak. Pada awalnya, gerakan Mahathir ini berjaya mengkucar kacirkan UMNO buat seketika sehinggakan beberapa pemimpin utama UMNO bersekongkol dengan Mahathir.

Sekali lagi gerakan jahat ini berjaya dipatahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dan saf kepimpinannya. Gagal menghasut dengan cara ini, Mahathir bertindak meninggalkan UMNO buat kali ketiga sepanjang kariernya dalam politik dengan harapan, ramai ahli UMNO akan mengikut jejak langkahnya, sama seperti gerakannya pada tahun 2005.

Setelah gerakan demi gerakan yang direncana Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib menemui kegagalan, hari ini, bolehlah dianggap apa jua yang cuba dilakukan Mahathir tidak lebih dari sekadar memuaskan nafsu dendamnya semata-mata. Tiada lagi istilah untuk selamatkan Malaysia kerana apa yang pasti, dirinya sendiri harus di selamatkan terlebih dahulu.

Mungkin Mahathir fikir, pengaruhnya masih kekal seperti dahulu di mana beliau mampu membuatkan orang bawahannya mengikut segala kemahuannya. Hari ini, beliau menerajui sebuah parti yang belumpun sampai umur 6 bulan penubuhannya. Namun disebabkan nafsu amarah dan dendamnya, beliau cuba berlagak untuk menjadi ketua utama di dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan.

Dahulu, mungkin beliau cukup ditakuti dan di hormati namun hari ini, disebabkan nafsu politik Mahathir yang langsung tidak pernah padam dan mengutamakan kehendak diri, nama Mahathir kian dilupakan sebagai salah seorang ikon yang membawa perubahan pada ekonomi Malaysia. Sebaliknya, Mahathir kian lama kian ditenggelami oleh langkah sumbangnya untuk meruntuhkan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Perjalanan Kecundang Mahathir Mahu Jatuhkan Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*