Penguatkuasa Datang, Pemilik Gerai Makan Ghaib

Share This:

Semalam, medan makan di Meldrum Walk, Jalan Wong Ah Fook/Jalan Stesen, yang menjadi lokasi warga bandar raya ini menikmati makan tengah hari tiba-tiba bertukar sepi tanpa kelibat pemilik gerai yang ghaib secara tiba-tiba.

Kehadiran sepasukan penguat kuasa melaksanakan operasi bersepadu di lokasi itu menyebabkan pemilik gerai dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) kecut perut sebelum meninggalkan hidangan tersaji di gerai masing-masing kerana bimbang dikenakan tindakan.

Keadaan itu berlaku ketika operasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Imigresen Johor.

Dalam pada itu, lima daripada 40 gerai yang sebelum ini riuh rendah dengan pelanggan membeli hidangan tengah hari bertukar sepi berikutan pemilik premis berkenaan ‘ghaib’ selepas terhidu kehadiran sepasukan 28 anggota penguat kuasa di lokasi berkenaan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*