Melayu dan Islam dimata DAP Hanya SAMPAH

Share This:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Ayat diatas seolah-olah tidak memberikan pengajaran yang jelas tentang betapa bahayanya bersekongkol dengan pihak yang menolak Islam.  Apakah kecelaruan pemikiran yang sedang berlaku dikalangan Melayu Islam sekarang ini?

DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang  acapkali dalam berbahasanya  amat menyantuni bangsa Melayu dan agama Islam  dan sentiasa bersikap adil diantara kaum yang lain.

Itu kata Lim Kit Siang, tetapi hakikat yang sebenarnya dan patut diterima oleh semua pihak ialah  dengan mengakui bahawa Kit Siang tidak pernah atau ada niat untuk berbuat demikian.

Jika kita olah dalam bentuk bahasa kasarnya pujian yang dikeluarkan oleh Kit Siang hanya “macam sampah”  yang hanya mahu mengambil hati orang Melayu agar terus menyokong DAP.

Ini sebenarnya perkara yang diinginkan oleh DAP  iaitu perpecahan orang Melayu sebagaimana yang telah dirancang oleh nya. Kit Siang hanya beranggapan orang Melayu hanya sebagai hamba kepada mereka.

Itulah sifat segala pertuturan yang keluar dari mulut pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa beliau lebih menghormati orang Melayu berbanding UMNO.

Darjat dan taraf Melayu dimata DAP tidak ada nilai langsung, perkara ini telah dibuktikan bagaimana Guan Eng membuat kenyataan yang menyatakan bahawa  Felda tidak layak memasuki bidang hartanah.

Bagi Guan Eng orang Melayu tidak layak untuk mempunyai hotel di London atau memiliki saham di pasaran luar negara. Hanya orang Cina yang layak dan sah untuk berbuat demikian. Pandangan yang bersifat perkauman dan prajudis.

Jika sikap rasis yang begini masih lagi tidak menyedarkan orang-orang Melayu, maka saya beranggapan bahawa orang Melayu akan terus kekal sebagai hamba di tanah air sendiri dengan sekatan-sekatan yang dikenakan keatas orang Melayu Jika mereka memerintah Malaysia.

Nga Kor Ming dalam satu post yang disiarkan dilaman media sosial beranggapan bahawa amalan sedekah ini dilabelkan sebagai rasuah yang terangan dilakukan tanpa memikirkan sensitiviti agama kaum lain.

Dalam isu penghinaan yang sama juga, Dalam satu kenyataan  di laman media sosial Teresa telah menghina solat hajat yang ingin dilakukan sebagai satu jenaka dan berkata bahawa exco Selangor tidak mengarahkan solat hajat untuk menyelamatkan Malaysia

Sejak akhir-akhir ini DAP telah  amat kerap memainkan isu berkaitan dengan sensitiviti umat Islam dalam negara ini. Mereka pemimpin DAP terus menyalakan api kemarahan  orang Melayu dan apabila tindakan dilakukan mereka terus dan akan melabelkan orang Islam adalah kumpulan yang  ganas.

Kekuatan DAP mula wujud kembali apabila ada  dikalangan  sekelompok Melayu yang jumud pemikiran  telah memberikan sokongan padu kepada DAP atas nama keadilan cara mereka. Keadilan dalam konteks DAP yang akan membunuh bangsa Melayu Islam, Ini yang sebenarnya.

Kebodohan Melayu ini dapat diukur  apabila  Adun DAP keluar beramai-ramai kerana pimpinan DAP dikatakan tidak berprinsip, Melayu ini pula dengan gembiranya masuk DAP untuk bersama pimpinan DAP yang dianggap oleh orang DAP sebagai tiada prinsip

DAP sudah berjaya memperdaya anak-anak Melayu. Pada masa sekarang anak-anak Melayu ini tidak memahami sejarah Melayu, agama Islam di Tanah Melayu, perjuangan terdahulu dan kontrak sosial yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya anak-anak Melayu faham sudah pasti mereka tidak menyertai dan berjuang dalam DAP.

Melayu yang sanggup menjual maruah bangsa Melayu hanya kerana mahu mengejar DAP semata-mata. Semuanya dilakukan demi mencapai kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri. Bukannya mereka mahu memperjuangkan nasib orang Melayu.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*