Mahfuz Tak Ada Adab, Serbu Masuk Ke DUN Kedah Selepas Sidang

Share This:

Apa kena dengan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang difahamkan ‘menyerbu’ masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sebaik persidangan ditangguhkan?

Nampaknya banyak pihak tidak berpuas hati dengan tindakan yang disifatkan kurang matang itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menerima satu memorandum yang dibawa bersama oleh Mahfuz serta kumpulan penduduk namun tidak menyangka sejauh itu tindakan yang dilakukan.

“Saya sedia maklum mengenai hasrat sekumpulan penduduk yang diketuai Ahli Parlimen Pokok Sena yang mahu menyerahkan satu memorandum kepada saya.

“Sebaik mengetahui perkara ini saya sudah arahkan pegawai saya supaya menerimanya bagi pihak saya seperti amalan biasa yang dilakukan oleh mana mana pemimpin kerajaan sebelum ini.

“Namun tindakan Mahfuz yang enggan menyerahkannya kepada wakil saya sebelum menyerbu beramai ramai masuk ke dalam dewan sebaik Sidang DUN ditangguhkan amat mengejutkan selain bagi saya adalah kurang sopan.

“Mahfuz sepatutya memahami perkara itu dan beliau ada peluang untuk berjumpa dengan saya untuk bertanyakan hal itu di masa yang lain kerana saya sentiasa terbuka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Ahmad Bashah, serbuan yang dilakukan Mahfuz itu turut menjadi tanya tanya. Adakah Mahfuz sengaja mencari publisiti muharan sekaligus ingin menutup kelemahan beliau di kawasan yang diwakilinya atau ia semata-mata atas kepentingan rakyat?

“Beliau seringakali melontarkan pelbagai kritikan dan tomahan terhadap pentadbiran saya sebelum ini namun saya menganggap perkara itu sebagai resam dalam dunia politik dan tidak sedikit pun menyebabkan saya berkecil hati atau berdendam.

“Saya menganggap tindakan Mahfuz sebagai tidak sopan dan saya tidak fikir ia boleh diterima oleh mana mana pihak,” katanya.

Memorandum berkenaan berhubung arahan perpindahan yang melibatkan 15 buah keluarga dikeluarkan sejak Oktober tahun lepas ekoran projek perumahan yang akan dibangunkan di kawasan itu.

Penduduk kawasan itu meminta agar kerajaan negeri campur tangan dalam isu itu memandangkn hampir 100 tahun menduduki tanah di atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Penduduk mendakwa tidak menerima sebarang notis berpindah daripada Pejabat Tanah daerah Kota Setar dan hanya menerima surat penukaran hak milik tanah daripada Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membangunkan kawasan perumahan di kawasan itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Mahfuz Tak Ada Adab, Serbu Masuk Ke DUN Kedah Selepas Sidang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*