DAP Tetap Pertahankan Salahlaku Pemimpin Mereka

Share This:

HANYA dalam parti DAP sahaja, salah laku pemimpin mereka tetap “halal” dan tidak perlu dikenakan tindakan. Namun sekiranya perkara yang sama berlaku kepada parti lain maka DAP akan mendesak tanpa henti agar tindakan yang berat dikenakan terhadap individu tersebut.

Sehingga kini, DAP tidak mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar meletakan jawatan walaupun sedang menghadapi pendakwaan jenayah salah guna kuasa dalam pembelian banglo mewah beliau.

Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP didakwa atas tuduhan rasuah. Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014. Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015. Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum 2 tahun, denda dan rampasan hartanah.

Hari ini pula DAP Selangor berkata, exco kerajaan negeri Teng Chang Khim tidak perlu meletakkan jawatan berhubung garis panduan tempat ibadat bukan Islam kerana “manusia melakukan kesilapan”. Kononnya mereka akan membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli DAP Selangor termasuk pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari untuk membantu Teng membetulkan perkara yang ‘sensitif’.

Teng telah menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai tindak balas ke atas garis panduan negeri yang antara lain menyebut bahawa tempat ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam 50 meter dari rumah yang dimiliki oleh orang Islam. Teng berkata, beliau telah memohon pindaan kepada garis panduan sebelum ia dicetak, tetapi pindaan tersebut tidak dilakukan.

Rakyat Selangor amat maklum bahawa DAP telah memerintah Selangor sesuka hati mereka dengan menghalalkan segala yang mereka mahukan tanpa mengambil kira kepentingan bangsa Melayu dan India. PKR sekadar boneka di Selangor. Mereka terpaksa menjadi pak sanggup atau dengan lebih tepat boneka.

Perkara utama yang rakyat perlu fahami bahawa bagi DAP, tidak ada istilah pemimpin mereka melakukan kesilapan besar. Segalanya yang pemimpin mereka lakukan boleh dikompromi. Namun pada masa yang sama mereka mencipta kesalahan yang tidak wujud pada pemimpin Barisan nasional sebagaimana yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Maklumat yang diperolehi dari Justo diubah bagi memfitnah Datuk Seri Najib.

Dengan cara tersebutlah Lim Kit Siang berjaya menjadi diktator dalam DAP selama 51 tahun. Kini mereka mensasarkan Malaysia pula sebagai mangsa seterusnya.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*