Dah Tua Pun Nak Selfie

Kerana berkongsikan gambar swafoto di laman Instagram, Khairy Jamaluddin diejek oleh seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @firulramzi.

Pemilik akuan berkenaan memuat naik screenshot gambar Khairy dengan kapsyen “menyesal bukak, dah tua pun nak selfie kat ig story. smh fam”.

Namun tanpa disangka, twit lelaki tersebut mendapat respon dari Menteri Belia dan Sukan itu.

Rata-rata pengguna twitter lain turut mengecam Fairul sambil menyifatkan Khairy masih kacak sungguhpun sudah berusia.

“Kitab mana cakap tua tak boleh selfie ni?” twit@hanafy_mj.

Sementara Hatina_Chan berkata “Tua pun elok. Hahahaha”.

Bagaimanapun, semakan kami mendapati Khairy dan Fairul merupakan sahabat dan twit Fairul sekadar jenaka terhadap Ketua Pemuda UMNO berkenaan.

-pru14.tv-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *