Aliff Syukri Tertinggal RM50K Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Pramugara Ni

Share This:

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Datuk Aliff Syukri di laman sosial, pastinya maklum usahawan kosmetik terkenal itu baharu sahaja pulang ke tanah air setelah pergi mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Namun semasa kepulangannya itu, berlaku satu insiden cemas yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh ‘Abang Terlajak Laris ‘ ini apabila beg tangannya yang mengandungi wang RM50,000 tertinggal di dalam pesawat Malaysia Airlines.

Menurut Aliff, dia terlupa mengambil begnya itu yang diletakkan di tempat duduk pesawat setelah sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda.

Bagaimanapun, dia hanya menyedari ketiadaan beg itu selepas satu jam mendarat dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya.

Dalam pada itu, Aliff bernasib baik apabila seorang pramugara yang dikenali sebagai ‘Encik Zol’ membantu menyimpan beg tersebut.

“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.

“Saya terlupa dan tertinggal beg berisi duit RM50,000 dalam kapal terbang. Lepas sejam, ketika dalam perjalanan pulang baru saya sedar beg tiada.

“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.

“Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya nya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi laman Instagramnya, Aliff turut memuat naik gambar selfienya bersama pramugara tersebut dengan kapsyen ucapan penghargaan terhadap Zul.

“Inilah wajah peramugara Malaysia AAirlines yang jujur… Ya allah bersyukurnya saya… sebenarnya dompet saya tertinggal di dalam kapal terbang dia pulangkan dengan keadaan yang baik selepas 30 minit. Saya ingat dah tak dapat dah lah… susahkan nak jumpa orang yang jujur macam mamat ni betul tak??,” tulis Aliff.

Walau apapun, semoga insiden ini menjadi pengajaran buat Aliff supaya lebih berhati-hati.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*