10 Lokasi Paling Menyeramkan Di Seluruh Dunia – Bahagian 2

Share This:

Semalam, kita telah melihat bahagian pertama 5 lokasi paling menyeramkan di seluruh dunia. Pelbagai misteri menyelubungi 5 lokasi berkenaan dan majoritinya akan sentiasa dikenang oleh para pengunjung selagi ada hayat mereka.

Hari ini, kami menyenaraikan 5 lagi lokasi yang paling menyeramkan yang terdapat di seluruh dunia.

1. HELLTOWN, OHIO, AMERIKA SYARIKAT

Sesuai dengan namanya, bandar ini disifatkan oleh penduduk sekitar sebagai seperti bandar neraka. Manakan tidak, tidak sampai 10 orang sahaja yang mendiami kawasan ini dan kesemua mereka hidup dengan penuh misteri, seolah-olah mereka adalah penjaga bandar terpencil ini.

Selain jalan rayanya yang curam dan mempunyai selekoh yang tajam, kebanyakan mereka yang pernah melintasi pekan kecil ini pasti akan “disapa” oleh entiti yang sehingga kini gagal dirungkai. Malah, pekan ini juga menjadi lokasi paling digemari oleh mereka yang ingin mencari hantu atau menjalankan ritual aneh.

2. SKIRRID INN, LLANFIHANGEL CRUCORNEY, WALES

Antara peradaban awal bangsa Eropah adalah terletak di bumi Inggeris dengan Walees adalah salah sebuah wilayah kekuasaan England sejak sekian lama. Bangunan Skirrid Inn ini dilabelkan oleh pendudul Wales, England mahupun seluruh Eropah sebagai bangunan hotel yang paling berhantu di Eropah.

Menurut legenda, pada peringkat awal, bangunan ini adalah bekas bangunan mahkamah. Disini, lebih dari 180 orang yang dihukum gantung pada abad 12-17 atas pelbagai kesalahan yang mereka lakukan. Jadi tidak hairanlah terdapat roh yang tidak tenteram yang akan mengganggu pengunjung yang menginap di hotel berkenaan. Mereka diganggu dengan cara dicekik, gelas terbang dalam hotel bahkan ada pengunjung yang mendapat bekas jeratan tali di lehernya.

3. BRAN CASTLE, TRANSYLVANIA, ROMANIA

Masih ingat dengan cerita dongeng Eropah tentang Dracula? Mungkin ada yang menanggap ianya tidak lebih dari sekadar kisah dongeng dengan kewujudan istana yang menyeramkan. Namun hakikatnya, istana yang kerapa dipaparkan di setiap filem Vampire ataupun Dracula, memang benar-benar wujud sehingga hari ini.

Hari ini, Bran Castle dipromosikan sebagai istana bersejarah yang pernah didiami oleh Vlad Tepes, Raja yang dipercayai begitu gemarkan darah segar manusia pada setiap hidangannya. Istana ini menjadi saksi bagaimana tentera Uthmaniah dan tentera terhebat Romania bertempur yang menyaksikan beratus ribu nyawa manusia melayang akibat pertempuran besar ini.

Benar, istana ini kini dijadikan sebagai lokasi perlancongan. Tetapi, tidak ada sesiapapun berani untuk berkunjung di waktu malam ke istana ini kerana pasti akan kedengaran jeritan, laungan mahupun hilai tawa dari entiti yang tidak diketahui dari mana datangnya. Malah, diberitakan, terdapat sebuah bilik yang lansung tidak dibuka sehingga kini dan ianya kekal misteri sehingga hari ini.

2. MANILA FILM CENTER, MANILA, FILIPINA

Sekali imbas, bangunan pusat filem di Manila ini seperti tidak ada apa-apa yang misterinya. Namun sejarah telah mencatatkan semasa pembinaan bangunan ini, sekurang-kurangnya tujuh orang pekerja menemui ajal di sini. Apa yang menyedihkan, mengikut laporan, kesemua mangsa korban pembinaan bangunan ini dikebumikan di bahagian bawah bangunan ini atas arahan Imelda Marcos.

Juga diberitakan, sekurang-kurangnya hampir 20 orang dikebumikan di bawah bangunan yang pernah runtuh ini. Apa yang mendukacitakan adalah, ada diantaranya masih hidup sewaktu dikebumikan. Justeru, tidak hairanlah apabila tiba waktu malam, ramai orang pernah melihat kelibat manusia yang dilihat seperti sedang sibuk membina bangunan dan ada diantaranya memecahkan barangan di dalam bangunan ini.

1. BETHNAL GREEN UNDERGROUND, LONDON, ENGLAND

Pada awalnya, Bethnal Green Underground ini adalah merupakan terowong keretapi bawah tanah di London. Namun, ketika Perang Dunia ke II berlaku, lokasi ini telah menerima sekuranag-kurangnya 3 buah bom yang dilepaskan oleh tentera udara Jerman atas arahan Adolf Hitler bagi melumpuhkan pergerakan tentera British dan penduduk London.

Mengikut laporan, ratusan orang telah mati tertimbus di bawah runtuhan di stesen kereta api bawah tanah ini. Sejak tragedi berdarah itu, sering kali akan terdengar suara tangisan perempuan dan kanak-kanak sehinggalah ke hari ini.

Malah, bagi mereka yang menggunakan laluan Bethnal Green ini, bukan satu perkara yang menghairankan apabila kelibat ratusan orang sedang menunggu keretapi dengan berpakaian ala zaman Perang Dunia Kedua dapat di saksikan di sini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*