Suamiku Berlaku Curang, Aku Ludah Dan Ketuk Kepalanya Dengan Samsung Tab 10

Share This:

Di sini, aku ingin kongsikan tentang kisah cinta pertama aku yang memang tidak dapat dilupakan. Cinta berputik dari 1 May 2007 kerana bulan April 2007 sesi perkenalan.

Demi cinta ini, aku sanggup meninggalkan ibubapa, adik-beradik kerana ingin mendirikan rumahtangga bersama dengannya.

Dipendekkan cerita, pada bulan Februari 2014 aku disahkan mengandung. Ya Allah, siapa yang tidak gembira dengan berita yang begitu.

Sampailah kandungan aku berusia 1 bulan 2 minggu, perut aku rasa sakit dan teramat sakit dari senggugut. Aku dan suami pergi periksa dan disahkan mengandung luar rahim, air mata aku menitis dan tak henti-henti. Apakah aku yang dihukum oleh Allah?

Aku terpaksa dibedah ,jikalau tidak nyawa aku terancam. Tetapi, memang nyawaku mahu melayang dah. Aku dikejarkan ke unit kecemasan. Masa itu nyawaku 50% 50% dalam masa proses pembedahan lebih kurang 4 atau 5 jam. Aku tersedar dari baring.

Aku sambung menangis dan menangis. Oleh kerana suami di sisi. Aku kuatkan semangat. Doktor katakan untuk mengandung kedua kali lebih berisiko, mungkin akan berlaku lagi. Aku disarankan berehat 1 tahun 2 tahun untuk mengandug,membaik pulih bekas pembedahan.

Dipendekan cerita pada bulan June 2014 aku menyambung pengajian mengambil jurusan Office Management dan dalam masa sebulan sahaja meninggalkan suami aku di tempat perniagaan (family bisnes sebelah mentua) suami berlaku curang.

Siapa kata naluri isteri tak kuat. Pada suatu hari hari Jumaat, hati aku tak sedap. Aku balik kelas terus ke rumah tengahari tengok suami masih tidur, aku terus mencari handphone (hp) suami yang dicaj.

Tak pernah-pernah mematikan hp. Bila berada di rumah. Sana sini hp tak boleh jauh. Sekali aku aktifkan hp suami. Rasa hati ini remuk bagai dipanah petir. Isteri mana tak sakit hati. Berpura-pura menyamar menjadi suami aku.

Wah, bukan main lagi nak jmpa jam 2 ptg. (Masih ingat lagi dalam otak ni) Aku terus mengamuk memukul kepala suami pakai samsung tab 10.1.

Sesampainya tempat perempuan yang nak berjmpa tadi, bertapa terkejutnya melihat perempuan itu. Yang pernah berganti ganti lelaki….sampai suami aku tergoda dengan perempuan itu.

Sampai hati suamiku berkelakuan begitu, perempuan itu sudah pernah tidur dengan rakan suami aku sendiri seperti bola baling bergilir gilir ke rasa perempuan itu. Aku terus menumbuk perempuan itu, aku meludah dengan air kahak aku..dengan suami aku sekali aku pukul dan ludah. (Masa tu aku sakit demam panas)

Selepas hari itu, aku dan suami bercadang bercuti ke Kota Kinabalu. Ingatkan dah insaf. Lagi-lagi perempuan itu whatsapp suamiku.

Kenapa harus suami aku? Suami aku bukan orang kaya. bukan org berduit… Apa yang ada kat suami aku? Kosong.

Sekarang aku lepaskan suami aku dengan perempuan itu. Dia berumur 34 tahun suami aku baru je 25 tahun. Tapi tanpa sah penceraian dari aku. Aku dan suami masih sah di sisi undang2. Mahu cari lawyer tiada duit. Sekarang ni aku pasrah segalanya pada yang Maha Kuasa.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*