SPRM Perlu Bekukan Banglo Milik Lim Guan Eng?

Share This:

Kita menyambut baik saranan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng membuat gesaan agar pemberi dan penerima rasuah dihadapkan hukuman yang berat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut sewajarnya memburu individu atau syarikat yang telah memberi rasuah kepada pegawai tinggi kerajaan yang diberkas.

Begitu juga jika Guan Eng didapati bersalah, maka pembekuan hartanya seharusnya dilakukan  serta merta. Tiada istilah  yang dikatakan tidak adil dalam hukuman yang di laksanakan nanti.

Rasuah ibarat cinta, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Perlu ada yang memberi dan menerima. Syarikat yang terlibat dalam pemberian rasuah dan penerima rasuah mesti dbatalkan setiap projek yang diterima oleh mereka.

Agensi kerajaan yang terlibat menghentikan sebarang projek dan kontrak yang diluluskan oleh individu-individu yang didakwa melakukan kesalahan rasuah sementara siasatan dijalankan terhadap mereka.

Jika mana-mana projek dan kontrak didapati dicemari rasuah, ia harus dibatalkan atau ditenderkan semula, Justeru itu sebagaimana yang didesak oleh rakyat agar SPRM terus melakukan sisatan berhubung kait dengan projek yang amat mencurigakan sebagaimana yang telah dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Jika Ketua Menteri Pulau Pinang didapati bersalah maka harta milikan nya terutama banglo yang dikatakan mempunyai unsur rasuah semestinya akan dibekukan sebagaimana yang telah dilaksanakan kepada tiga individu yang telah ditahan oleh SPRM baru baru ini.

SPRM juga harus menyiasat  semua  aduan dari rakyat yang telah dipaparkan dimedia social yang mana sebilangan besarnya melibatkan penggunaan wang rakyat dengan cara yang mencurigakan.

Paparan yang buat didalam media sosial  perlu disiasat kebenarannya oleh SPRM  dan dikenakan tindakan kesalahan yang dilakukan mereka seharusnya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan SPRM agar memudahkan mereka melakukan siasatan dalam menjalankan tugas.

Kerajaan juga wajar menggunakan peluang tangkapan SPRM ini untuk mendidik dunia korporat Malaysia dan juga perkhidmatan awam tentang kesan buruk akibat rasuah.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*