SPRM  Mesti Siasat Kesemua Aset Pemimpin DAP yang Mempunyai Kekayaan Luar Biasa

Share This:

DAKWAAN terhadap Guan Eng  yang bergelar  sebagai Ketua Menteri  di Pulau Pinang atas tuduhan rasuah beberapa bulan lalu, mengundang seribu satu persoalan yang menuntut tindak balas segera pihak berwajib.

Sebagai rakyat Malaysia persoalan yang timbul bukan sahaja berkisar kepada jumlah pemilikan harta yang dihasilkan melalui amalan rasuah oleh pemimpin DAP yang lain, Sudah pastinya rakyat Malaysia mahukan SPRM bertindak melakukan siasatan terperinci kepada semua pemimpin chauvanis ini.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng memetik laporan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia berkata, pegawai yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbabit didakwa memiliki 31 unit pangsapuri bernilai RM15.5 juta dan kereta mewah.

Laporan tersebut juga boleh dikaitkan dengan nilai pemilikan harta yang dikumpul oleh  kesemua pemimpin DAP yang ada sekarang dimana ada diantaranya memiliki rumah bagaikan istana hanya berjawatan sebagai ADUN dan Ahli Parlimen sahaja.

Hasil dari manakah yang menjadikan mereka memiliki jutaan ringgit harta dengan barisan kereta mewah ada diantaranya mencapai 9 buah . Perkara ini amat pelik bagi seorang yang berjawatan ahli perlimen.

Susulan pendedahan itu, katanya, persoalan mengenai harta kekayaan yang dimiliki individu bergelar Ketua menteri dan Exco serta pemimpin bertaraf ADUN – yang mempunyai kuasa lebih tinggi daripada pegawai berkenaan – justeru harus dibangkitkan.

Kita tertanya-tertanya, berdasarkan penahanan ini, berapa banyak pula rumah banglo dan kereta mewah yang dimiliki pemimpin DAP yang lain  yang enggan mengisytiharkan harta mereka walaupun setelah cadangan dibuat oleh mereka dalam pengistiharan harta dibuat.

Bagaimana pula dengan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain? Adakah pihak berkuasa, terutamanya SPRM langsung tidak mahu tahu dan tidak mahu menyiasat hal ini secara terperinci. Rakyat menunggu ketelusan yang menjadi amalan  SPRM dalam menyiasat perkara ini.

Berikutan dakwaan terhadap Guan Eng dalam tuduhan rasuah , sudah pastinya ada rangkaian bawahan yang melibatkan ADUN serta Ahli Parlimen yang lain,  DAP seperti yang dilaporkan media, telah mengarahkan semua pegawai di bawah kerajaan Negeri agar  mengisytiharkan harta mereka, namun ianya tidak pernah berlaku.

Mengulas lanjut hal berrkaitan rasuah ini seharusnya  Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut turut mengistiharkan hartanya dan sumber yang lain sebagai teladan kepada ADUN dan Ahli Parlimen yang lain  dan tidak mempersoalkan peristiwa dakwaan SPRM terhadap Guan Eng dan  membenarkan  satu siasatan dilakukan  terhadap amalan rasuah yang dikenakan  terhadap Guan Eng.

Tetapi Lip Eng terus mempersoalkan isu dakwaan tersebut dan  mengalihkan isu rasuah ketua menteri dengan isu yang lain. Apakah Lip Eng tidak telus dan percaya dengan dakwaan ini dan akan terus  menidakkan kesalahan seorang ketua menteri dalam amalan rasuah yang dilakukan.

Sementara SPRM gigih menangkap jerung  dan mempamerkan kejahatan mereka di dada akhbar, masih ada beberpa malah berpuluh mungkinnya  ikan paus yang masih bebas berenang betul-betul di depan mata SPRM yang ada didalam DAP yang rakus  dalam amalan rasuah tersembunyi.

Sebagai contoh, adakah SPRM telah menyiasat berapa banyak aset (dalam dan luar negara) yang dimiliki Guan Eng serta pemimpin DAP yang lain termasuk yang berjawatan ahli parlimen dan ADUN serta konco-konconya?

SPRM seharusnya terus membuka kertas siasatan terhadap pemilikan harta pemimpin DAP yang lain dan melakukan dakwaan serta menyiasat pemilikan harta yang luar biasa dikalangan pemimpin Pakatan Harapan didalam dan diluar Negara.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*