Punggung Lelaki Tertusuk Bom Roket Tular

Share This:

Seorang lelaki di Yemen telah menjadi perhatian ramai apabila tiba di sebuah hospital dengan keadaan roket yang tertusuk pada bahagian punggung.

 
Memetik laporan Mirror Online, lelaki yang dipercayai menjadi mangsa perang itu amat bernasib baik kerana roket berkenaan tidak meletup ketika kejadian. 
 
Difahamkan, kejadian berkenaan telah dirakam menerusi video berdurasi 48 saat sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial, Live Leak.
 
Roket itu kemudian dibawa keluar dari bilik bedah itu sebaik sahaja pembedahan selesai.
 
Dalam pada itu, lelaki terbabit dikatakan berada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.
 
Bagaimanapun, mangsa mungkin terpaksa menjalani satu lagi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket berkenaan.
 
 
 
 
 

Comments

comments

Related Post

One thought on “Punggung Lelaki Tertusuk Bom Roket Tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*