Mahu Anak Dari Aqasha Cuma Gurauan Rita Rudaini

Share This:

Selepas hampir sebulan mendiamkan diri, aktres jelita Rita Rudaini kini tampil memberi penjelasan mengenai isu kontroversinya dengan pelakon Aqasha.

 
Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah sebahagian gurauan sesama pelakon di set penggambaran.
 
“Saya bukan baru hari ini kenal Aqasha, malah sejak dia berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan kami memang bersahabat baik,” jelasnya kepada Harian Metro.
 
Sudah banyak kali digandingkan bersama dalam drama sebelum ini, Rita mengakui dia teruja untuk bergandingan sekali lagi dengan Aqasha dalam drama Misi Laksa dan Laksam sebagai pasangan suami isteri.
 
“Memang tidak dinafikan dalam menjayakan watak itu, sebagai kawan lama, kadangkala kami terlepas bergurau. Malah, orang produksi sendiri tahu bagaimana dalam kalangan kami bercanda. Cuma bagi orang luar yang tidak faham, pastinya susah untuk menerimanya.
 
“Bukan itu saja, dalam menjayakan watak itu kami membayangkan kalau kami benar-benar sebagai suami dan isteri, bagaimana situasinya. Berapa orang anak, rupa mereka macam mana dan apa saja yang boleh kami bayangkan membabitkan karakter dijayakan,” katanya.
 

Foto: IG Rita Rudaini
Ibu dua anak ini juga menegaskan ia hanyalah perkara biasa bagi menghayati watak dalam lakonan.
 
Jadi tiada lagi isu yang mengatakan dia sedang berinta dengan Aqasha seperti yang didakwa sebelum ini.
 
Rita akui dia enggan mengulas atau memberi penjelasan dari awal kerana melihat situasi itu tengah panas dan tidak sesuai untuk terus masuk campur.
 

Foto: IG Aqasha
Penjelasan sudah pun diberi, harap-harap pihak di luar sana bolehlah berhenti dari membuat spekulasi bukan-bukan lagi ya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*