Mahfuz Sudah Tiada Tempat Di Dalam PAS

Share This:

Tidak dinafikan, ramai dikalangan ahli PAS mempersoalkan hala tuju sebenar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Ini kerana, beliau dilihat cukup kerap melanggar arahan dari pucuk pimpinan PAS yang boleh dikatakan kerap menghalang mana-mana ahli dan para pemimpinnya menghadiri apa jua majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan.

Mahfuz dilihat kerap menghadiri kebanyakan majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan seperti konvensyen Pakatan Harapan, Himpunan BERSIH 5 dan banyak lagi. Malah, Mahfuz juga kerap muncul bersama-sama Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir setiap kali Mukhriz hadir ke Kedah untuk menghadiri sebarang majlis di sana.

Tidak cukup dengan itu, Mahfuz pernah dilihat beberapa kali menghentam PAS dari dalam. Beliau mendakwa, PAS sebenarnya telah dirosakkan oleh beberapa orang pemimpin dalaman parti namun beliau tidak menamakan sebarang pemimpin yang dimaksudkan. Hal ini telah menyebabkan ramai ahli PAS mendakwa, Mahfuz sebenarnya telah condong kepada Parti Amanah Negara (PAN), parti serpihan PAS sendiri.

Kelmarin Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, rata-rata ahli PAS kini tidak lagi boleh menerima Mahfuz sebagai ahli parti itu ekoran kenyataan serta kritikannya mencerminkan beliau sebagai orang luar parti. Malah, Mahfuz di dakwa pernah mencabar secara terbuka kepada kepimpinan PAS untuk memecatnya.

Kenyataan Hashim ini dilihat selari dengan beberapa kenyataan dari kepimpinan PAS itu sendiri yang enggan lagi melihat Mahfuz seperti gunting dalam lipatan di dalam PAS. Sebagai contoh, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah menyarankan supaya Mahfuz meninggalkan PAS kerana sering mengkritik serta menyerang parti berkenaan pada pertengahan Februari yang lalu.

Dalam satu perkembangan terkini, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata nasib Mahfuz akan ditentukan oleh lembaga disiplin PAS tidak lama lagi. Katanya, PAS tidak mudah menyingkirkan ahlinya dan keputusan muktamad hanya dibuat setelah mengambil kira kata putus jawatankuasa disiplin.

Tindakan ini dipercayai di buat berikutan kritikan terbaru Mahfuz terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendiamkan diri mengenai penangguhan sesi perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Jumaat lalu.

Nampaknya, tiada apa yang perlu dirunsingkan oleh Mahfuz. Ini kerana, musibah yang sedang menimpa dirinya adalah ciptaannya sendiri dan bukannya konspirasi kepimpinan tertinggi PAS. Beliau sudah lama dilihat berlawanan arus dengan kepimpinan PAS dan sudah tiba masanya tindakan disiplin akan diambil terhadapnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*