Lelaki Miang Guna Kamera Kecil Pada Kasut Intai Dalam Kain Wanita

Share This:

Kerana mahu memuaskan nafsu berahi, lelaki ini sanggup melakukan perkara menjelekkan dan terkutuk dengan memasang kamera digital kecil pada kasutnya yang disambungkan terus kepada telefon pintar iPhone 6 miliknya untuk mengintai dalam kain seorang wanita.

 
 

Foto: Astro Awani/Twitter @My_CrimeWatch
 
Sepandai-pandai tupai melompat, tindakannya bagaimanapun disedari orang ramai yang terus membelasah suspek.
 
Memetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam satu kenyataan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membeli kuih di sebuah gerai di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar, Alor Setar.
 
“Mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.
 
“Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan iPhone 6 milik suspek,” katanya.
 
 

Foto: Harian Metro/FB Info Kedah dan Ipoh Perak Crew Group
 
Mangsa, 38, mendakwa tidak mengenali suspek dan terus membuat laporan polis.
 
Suspek bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*